Pastikan kaunter dibuka sepanjang masa, JPA beritahu jabatan kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahu kaunter perkhidmatan di jabatan kerajaan dikendalikan sepenuhnya setiap masa, menurut pekeliling dikeluarkan kepada penjawat awam.

Dalam peringatan kepada kakitangan kerajaan susulan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melakukan pembaharuan dalam perkhidmatan awam, khasnya dalam soal tadbir urus dan integriti, Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, antara fokus itu perlu diletakkan pada penyediaan perkhidmatan kaunter optimum kepada rakyat.

Katanya, ketua jabatan perlu menguruskan tenaga kerja secara berkesan bagi memastikan jumlah maksimum kaunter dibuka pada satu-satu masa, khasnya ketika waktu puncak.

Beliau berkata, mereka perlu menjalankan analisis berkala terhadap perkhidmatan pelanggan untuk membaiki kelemahan secepat mungkin.

“Perkhidmatan kaunter perlu ditingkatkan dengan tenaga kerja cekap dan menggunakan teknologi terkini.

“Kakitangan perlu terbabit dalam strategi pemudah cara dan memastikan mereka ramah serta sopan. Mereka perlu memahami latar belakang masalah dibangkitkan pelanggan sebelum mencadangkan penyelesaian,” katanya dalam pekeliling bertarikh 24 April, lapor FMT.

Wan Ahmad Dahlan berkata, ini asas kepada perkhidmatan awam berfungsi sebagai tonggak kestabilan dan kemakmuran negara.

“Kakitangan kerajaan perlu menyesuaikan diri dengan tuntutan perubahan masa.”

Katanya, penjawat awam tidak patut terbabit permainan dalam talian dan aktiviti media sosial tiada kaitan dengan kerja, selain perlu berhenti meninggalkan pejabat tanpa kebenaran untuk mengendalikan urusan peribadi pada waktu pejabat.

Menurutnya, menyesuaikan diri dengan perubahan zaman dan menjadi lebih berdisiplin akan memastikan perkhidmatan awam di tahap optimum sepanjang masa.

Beliau turut mengarahkan ketua jabatan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas perkhidmatan kaunter dan menyerahkan laporan itu setiap Jun dan Disember.

“Tindakan segera perlu diambil terhadap kakitangan yang tidak melayan orang ramai dengan ramah dan profesional.

“Mereka harus empati dan bersedia menyelesaikan masalah rakyat, walaupun ia membabitkan pelbagai agensi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat