PKP: Ketat Salah, Longgar Salah, Apa Yang Betul?

- Advertisement -

SEMALAM, kerajaan buat keputusan besar apabila melonggarkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melaksanakan PKP-B (Bersyarat).  Maksudnya perniagaan boleh buka semula, pekerja kembali bekerja tapi dengan syarat-syarat (SOP) ketat yang perlu dipatuhi.

Atau, kerajaan ada kuasa untuk tutup premis perniagaan tersebut.

Seperti mana biasa bila keputusan sebesar ini dbuat, akan ada sajalah sebilangan dari kita mempertikaikan keputusan sebegini.  Tapi membaca alasan kenapa tak bersetuju tu, nampak macam ketinggalan zaman.

Ramai dok ingat kefahaman rakyat pasal Covid-19 ini dan langkah untuk mencegahnya, masih sama seperti sebelum 18 Mac 2020 bila PKP pertama kali dilaksanakan.

Kita boleh faham kalau ada anggap 3 hari yang diberikan terlalu singkat tapi kena tahu juga, ini tentang peniaga membuka kembali perniagaan mereka, pekerja kembali semula ke pekerjaan mereka – berapa lama sangatlah masa nak ambil untuk buat perkara yang dah bertahun-tahun dibuat ni?

PKP yang tak pernah dibuat sejak merdeka itupun, sehari sahaja tempoh diberikan kerajaan untuk rakyat mempersiapkan diri, apa elok je?  Kalau pun ada yang lain ialah nak menyesuaikan diri dengan segala macam SOP yang perlu dipatuhi sepanjang PKP-B, itu sajalah yang susah rasanya.

Apa yang kita nak sebenarnya?

Kurang atau sedikit yang kita tahu bahawa kerajaan sebenarnya sudah mengambil kira banyak faktor sebelum membuat keputusan ini.

Faktor paling utama rasanya ialah tentang kefahaman rakyat mengenai cara mengelak dari terkena jangkitan Covid-19 ini sudah semakin meningkat.  Walaupun mereka yang ada kebolehan jangkitan virus itu, telah dikenal pasti dan ditahan di wad tapi siapa tahu kan?

Sebab itu langkah pencegahan itu penting.

Hari-hari kita didedahkan apa yang perlu dibuat semasa berminggu duduk di rumah. Penjarakan sosial, kerap basuh tangan dan menutup mulut serta hidung, guna hand sanitizer. Ini semua kalau tak meningkatkan kesedaran dan tahap berjaga-jaga, tak tahulah kat mana silap.

Tapi semua faham rasanya sebab pernah nampak depan mata, bila ada orang bersin, orang di sebelah automatik menjauhkan diri walaupun mereka memakai topeng muka dan jarak 1 meter.

Kerajaan pun dah kenalpasti kluster dan kontak rapat Covid-19 ini diseluruh negara dan mengasingkan mereka di wad. Daerah/negeri dipetakan mengikut zon, pusat-pusat kuarantin seluruh negara juga telah disediakan untuk mereka yang baru pulang dari luar negara – ini  semua tidak ada sebelum 18 Mac.

Paling penting, golongan paling berisiko pun kita dah tahu – tak seperti sebelum 18 Mac. Kepada kitalah sekarang tanggungjawab untuk memastikan virus tidak menjangkiti ahli keluarga, terutama golongan tua.

Nak diringkaskan, dengan kesedaran rakyat dah meningkat, kluster dan kontak rapat dah dikenalpasti, Kawasan merah, kuning dan hijau pun dah tahu, ada perisian pula untuk tahu jika Kawasan itu zon apa, sempadan tutup dan sebagainya, benarlah keputusan yang diambil itu.

Yang pergi banding dengan keadaan sebelum 18 Mac tu buat apa? Sebelum 18 Mac memanglah rakyat nampak lalai, degil, sebab tahap kesedaran tak sama macam sekarang.

Dengan semua kesedaran ini, pokok pangkalnya kita sekarang.  Hidup, macam mana pun, mesti diteruskan.  Nak tunggu virus ini hilang, sampai tahun depan pun belum tentu tapi kalau ambil langkah berjaga-jaga seperti disaran, boleh kurangkan risiko itu.

Senario paling buruk, kalau ada pola peningkatan yang ketara pun selepas PKP-B dilaksanakan, kerajaan boleh mengetatkan kembali PKP ini dan menghantar semua orang kembali berkurung di rumah.

Justeru, tingkatkan taqwa dan letaklah keyakinan kepada kerajaan, mereka tahu apa yang nak dibuat.  Kita?  Buat tanggungjawab kita sudah, ikut langkah-langkah pencegahan yang telah diberikan, insya Allah, kesudahannya tentu baik.

(sumber gambar – FMT)

  • SuaraTV
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat