Jong Un Muncul Selepas 20 Hari “Hilang”

- Advertisement -

Pyongyang: Selepas hampir tiga minggu, Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membuat penampilan pertama di khalayak ramai.

Channel News Asia yang memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan Jong Un hadir merasmikan pembukaan sebuah kilang baja di negara itu.

Ia sekali gus melenyapkan spekulasi berhubung status kesihatan pemimpin Korea Utara itu.

Desas-desus mengenai kesihatan Jong Un sebelum ini diperkatakan apabila beliau tidak menghadiri sambutan ulang tahun datuknya, Kim II Sung yang juga presiden dan pengasas Korea Utara pada 15 April lalu.

Ia antara detik terpenting dalam kalendar politik negara itu.

Kali terakhir, beliau dilihat hadir pada majlis awam adalah ketika mempengerusikan mesyuarat Parti Politburo, 11 April lalu.

Pada hari berikutnya, media negara itu melaporkan beliau memeriksa jet pejuang di sebuah unit pertahanan udara.

Susulan itu, CNN melaporkan AS dilaporkan mengumpul maklumat mengenai tahap kesihatan pemimpin berkenaan – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat