Kerajaan Perpaduan kuat kurangkan suhu 3R – Puad bidas Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan yang kuat akan mengurangkan suhu agama, raja, kaum (3R). Apakah itu isyarat pengundi Nenggiri dan juga Mahkota?

Apakah dua PRK tersebut isyarat untuk PRU 16? kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi.

“Isham Jalil sahaja yang tidak mahu terima isyarat tersebut. Masih lagi dengan ideologi “No DAP”.

“Hairannya kenapa Bersatu guna pakar kempen atas kertas macam Isham. Bukankah Radzi Jidin ada. Dia ori. Isham pula orang buangan Umno,” tempelak Puad.

Menurut beliau, begitu juga jika pemimpin Umno membuktikan kerjasama Umno-DAP tidak merugikan Melayu dan Islam dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil jalan seimbang maka Kerajaan Perpaduan tambah kuat. Ia ancaman pada Perikatan Nasional (PN).

Menyorot maklum balas selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, Puad yang juga Speaker DUN Johor memuji Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi reaksi gentleman berbanding Pas.

“Nampaknya Muhyiddin gentleman. Dia kata “kita terima isyarat Mahkota dengan berlapang dada dan ambil langkah segera baiki prestasi parti.”

“Pemimpin Pas pula diam diri. Akhbar rasmi PAS Harakah Daily berkata, Mahkota tidak beri kesan negatif pada PN di peringkat nasional. Pas ada sindrom “denial”. Mungkin Pas yakin tidak ada kesan pada parti itu. Kesan buruk hanya pada Bersatu. Walhal Pas kalah teruk di Nenggiri.

“Tetapi komen Presiden Gerakan lebih terbuka. Dominic Lau amat bimbang pengaliran balik undi Melayu kepada BN di PRK Nenggiri dan Mahkota,” ulas Puad.

Menurut Adun Rengit itu lagi, ia trend baru pengundi Melayu pada Umno.

“Nenggiri majoriti Melayu dan luar bandar. Mahkota pula kawasan campuran dan bandar. Tetapi Umno menang besar.

“Walaupun peratus keluar mengundi rendah tetapi majoriti 20,609 adalah luar biasa. Mungkin majoriti tambah besar jika peratus keluar mengundi lebih tinggi.

“Dominic menekankan jika kerjasama Umno-DAP berterusan ke PRU 16, landskap politik negara secara ketara akan berubah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat