Purata Pendapatan Peneroka Felda RM4,297 Sebulan – Mustapa Mohamed

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu Sidang Dewan Rakyat bahawa purata pendapatan peneroka Felda dalam tanaman kelapa sawit meningkat 33 peratus pada tahun 2021 berbanding pada tahun 2020.

Jelasnya, peningkatan ketara tersebut daripada RM3,173 kepada RM4,297 sebulan pada tahun 2021.

“Secara keseluruhannya, purata pendapatan bersih peneroka FELDA yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit meningkat kira-kira 33% peratus daripada RM3,173 sebulan pada tahun 2020 kepada RM4,297 sebulan pada tahun 2021.

“Peningkatan purata pendapatan bulanan ini berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah yang meningkat ke kira-kira RM4,400 setan pada tahun 2021, berbanding dengan kira-kira RM2,800 setan pada tahun 2020. “ jawab Mustapha kepada soalan Ahli Parlimen Kemaman Tuan Che Alias bin Hamid pada Sidang Dewan Rakyat, pada Selasa.

Tuan Che Alias dalam soalan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan dakwaan sesetengah peneroka Felda yang tidak mengalami peningkatan pendapatan selari dengan harga minyak sawit yang tinggi.

Di samping itu, jelas Mustapha lagi, pelaksanaan beberapa inisiatif oleh FELDA seperti pelarasan pinjaman peneroka turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan bersih peneroka.

Walaubagaimanapun, jumlah peningkatan pendapatan peneroka tidak seragam di semua kawasan FELDA berikutan faktor-faktor seperti Wabak Covid-19 yang melanda dan berlakunya arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa tanah rancangan mengakibatkan aktiviti operasi ladang terpaksa dihentikan sementara waktu.

Sebagai contoh katanya, rancangan FELDA di Wilayah Terengganu yang terkesan termasuklah FELDA Selasih dan FELDA Tenang Besut bagi tempoh 22 Mei hingga 4 Jun 2021; dan FELDA Neram 2 di kawasan Parlimen Kemaman, DUN Air Putih bagi tempoh 21 Julai hingga 3 Ogos tahun lepas.

“Selain itu, terdapat beberapa rancangan yang mengalami tempoh PKPD yang berlanjutan sehingga melebihi 14 hari. Ada juga terdapat tanah rancangan yang dikenakan arahan PKPD buat kali kedua dan seterusnya,

“Arahan larangan kemasukan pekerja asing mulai Mac 2020 ekoran daripada pandemik Covid-19 telah mengakibatkan masalah kekurangan pekerja yang serius terutamanya penuai buah. Ini mengakibatkan pusingan menuai terpaksa dikurangkan dan terdapat banyak kes buah yang sudah masak dan tidak dituai.” Katanya lagi. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat