Bawa Pulang Arzuham, Wisma Putra Tunggu Kebenaran Ketua Pengarah Kesihatan

- Advertisement -

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) sedang menunggu kebenaran daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi membawa pulang rakyat Malaysia Arzuham Bin Mohd Arih, yang terlantar sakit Covid-19 di Sudan.

Menurut sumber Wisma Putra, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien telah mengarahkan Kementerian membantu kepulangan Arzuham yang disahkan positif Covid-19 selepas terjatuh di bilik air rumahnya, di Sudan.

Wisma Putra telah menghantar permohonan kepada Dr Noor Hisham bagi mendapat kebenaran membawa pulang pesakit Covid-19 ini kerana ia membabitkan isu kesihatan.

Sejak seminggu lalu keluarga dan Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan (PMMS) membuat rayuan kutipan derma bagi membawa pulang Arzuham atau lebih dikenali sebagai abang Am ke Malaysia kerana fasiliti rawatan di Sudan tidak mencukupi.

PMMS dalam catatan Facebook mereka menyatakan pihak hopsital Sudan menasihati abang Am dibawa pulang ke Malaysia kerana mereka tidak mempunyai alat Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang diperlukan bagi merawat pesakit.

Kos untuk menyewa penerbangan Air Ambulans menelan belanja setengah juta.

Menurut PMMS, Arzuham merupakan seorang rakyat Malaysia yang telah bekerja di Sudan hampir 15 tahun dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pelajar Malaysia di sana.

“Beliau banyak membantu pelajar yang berada di dalam kesusahan kewangan sebelum ini termasuklah pernah membeli mesin basuh bagi rumah pelajar Malaysia di Sudan.

“Jasa beliau yang banyak membantu kita sebelum ini tidak boleh kita biarkan dia berada didalam kesusahan keseorangan. Buat teman-teman hulurkan bantuan bersama membantu Abg Am.”

Semalam abangnya, Arsuhaily memberitahu Harian Metro bapa kepada dua anak berkenaan sudah 12 hari tidak sedarkan diri serta bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Keluarganya kini mengharapkan bantuan rakyat Malaysia untuk menghulurkan sumbangan kerana kos untuk membawanya pulang ke Malaysia menelan perbelanjaan RM760,000.

Menurut Arshuhaily, adiknya itu koma selepas mendapat serangan jantung kali kedua sewaktu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Katanya, kekurangan peralatan perubatan dan kos tinggi menyebabkan dia sekeluarga membuat keputusan untuk membawa pulang adiknya yang sudah 15 tahun bekerja di negara itu.

“Buat masa ini, kami hanya ada kira-kira RM300,000 hasil sumbangan pelbagai pihak.

Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun:
Kelab Sosial dan Kebajikan Puncak Alam iCare,
Maybank
5628 4310 0666
Reference: Bantu Abg Am

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat