Pelancong Bogel Panjat Kuil Buddha, Cetus Kemarahan Di Thailand

- Advertisement -

CHIANG MAI: Seorang pelancong mabuk, telah melakukan kesalahan yang berat di Thailand apabila dia naik ke atas sebuah kuil Buddha sambil berbogel.

Guru Bahasa Inggeris Farah Haque, 28, mengejutkan penduduk tempatan apabila dia menanggalkan pakaiannya dan naik ke tempat keagamaan di Chiang Mai, utara Thailand pada Isnin malam. Dia ditangkap sedang duduk atas rel tangga kuil tersebut sambil minum bir dan menyumpah.

Menurut media tempatan, Farah, dari Bangladesh, minum bir tempatan yang dipanggil Chang dan berteriak “chok dee motherf ***ers” ketika dia bertenggek di tempat suci itu.

“Chok dee” bermaksud “cheers” (selamat minum) dalam bahasa Thai. Ketika penduduk tempatan menahannya, dia didapati bercakap dengan nada kasar sebelum penduduk tempatan menutuo badannya dengan kain sarung.

Polis tiba dan menahannya sebelum membawanya ke hospital tempatan untuk berjaga-jaga.

Pegawai memberitahu media bahawa dia tiba di Thailand sebagai pelancong tetapi didapati bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris sejak April.

Leftenan Polis Kolonel Somkit Phusod, dari balai polis Chaing Mai berkata, Farah tinggal di sebuah asrama di bandar.

Dia berkata: “Kami mengesyaki dia mabuk teruk, dia tidak dapat mengawal dirinya sehingga kejadian itu berlaku.

“Perkara pertama yang kami lakukan adalah membawanya ke Hospital untuk berehat. Bila dia sedar, doktor akan memeriksa keadaan psikologinya.”

Pegawai kesihatan bberkata, Farah dilihat tersandung ketika mabuk pada malam sebelumnya. Dia pergi ke kuil yang sangat dihormati itu pada awal 10 Ogos.

Penduduk Buddha sejak itu membersihkan kuil, yang dianggap sebagai tempat yang suci bagi pengikut Buddha untuk berdoa dan membuat persembahan – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat