Sidang 18 Mei Utamakan Usul Kerajaan – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 18 Mei ini akan mengutamakan Usul dan Rang Undang-undang oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara itu dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, sesi sidang Dewan Rakyat tersebut, merupakan kali pertama akan dijalankan sejak penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Yang di-Pertuan Agong akan merasmikan persidangan, kemudian dewan akan bersidang untuk menyelesaikan urusan-urusan kerajaan. Urusan kerajaan sahaja, kemudian ditangguhkan.

“Urusan kerajaan akan didahulukan. Kerajaan ada beberapa urusan (seperti) usul dan RUU,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini menjadi perhatian umum susulan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul undi tidak percaya daripada Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Pakatan Harapan menggesa agar sidang tersebut dijalankan selama 14 hari seperti biasa, meskipun dalam kemelut negara berhadapan dengan pandemik wabak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat