Kalau PH Berani, Tuntutlah Bubar Parlimen – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar Pakatan Harapan supaya menuntut agar parlimen dibubarkan seterusnya bertanding pada Pilihan Raya Umum.

Najib menyatakan perkara itu pada satu hantaran di Facebook miliknya berikutan konflik yang berlaku dalam kalangan ahli politik negara ini, terutama di kalangan Pakatan Harapan yang disifatkannya sebagai ‘kewayangan’ dan konflik perebutan kuasa.

“Tak habis-habis kewayangan dan perebutan kuasa dari depa ni. Tunggulah krisis Covid berakhir. Tunggulah sehingga kes Covid jatuh ke sifar.

“Masa itu, tuntutlah parlimen untuk bubar jika korang berani dan kita turun ke padang untuk lawan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari yang menuduh tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul undi percaya pada Tun Dr Mahathir Mohamad dari  Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tidak masuk akal.

“ADUN DAP ini kena faham bahawa Speaker Parlimen yang kamu tuduh tak masuk akal ini adalah ahli parti PAN yang korang lantik sebagai speaker manakala anak dia kerja sebagai setiausaha media boss DAP kamu, Guan Eng.

“Korang suka lantik orang yang kononnya buat keputusan tak masuk akal untuk jadi speaker ke?

“Lagipun, usul Shafie Apdal yang ditolak Speaker adalah usul percaya pada PM7 – bukan usul tidak percaya pada PM8.

“Lagi pelik ialah orang yang bekap tindakan Speaker parlimen untuk tolak usul percaya pada PM7 pula ialah peguam bagi PM7,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat