Speaker Terima Usul Tak Percaya Mahathir Terhadap Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menerima usul Anggota Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli yang berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

“Setelah diteliti berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, saya memutuskan bahawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 4, adalah ditolak kerana tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.

“Manakala usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat kelak,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada usul tidak percaya perdana menteri itu akan dibahaskan pada sidang 18 Mei yang berlangsung satu hari itu atau pada SIdang Dewan Rakyat yang seterusnya.

Setiausaha Dewan Rakyat pada 17 April lalu telah mengeluarkan notis kepada semua anggota parlimen mengenai sidang yang akan diadakan pada 18 Mei ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat