Pemimpin Bersatu Jangan Campuri Urusan PM Lantik Menteri – Pemuda PBM

- Advertisement -

PETALING JAYA – Parti Bangsa Malaysia (PBM) menegur Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak mencampuri urusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan menteri Kabinet.

Ketua Pemuda PBM, Na’im Brundage membuat teguran itu selepas Wan Fayhsal yang juga timbalan menteri perpaduan menggesa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin supaya mengosongkan jawatan menteri selepas meninggalkan Bersatu baru-baru ini.

Zuraida adalah menteri perusahaan perladangan dan komoditi yang dilantik oleh Ismail menerusi kouta Bersatu.

“Selaku seorang timbalan menteri, Wan Fayhsal seharusnya lebih peka kandungan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan pelantikan jawatan ahli Kabinet adalah kuasa prerogatif perdana menteri.

“Oleh itu menerima ataupun menolak peletakan jawatan Zuraida sebagai ahli Kabinet adalah bidang kuasa dan hak mutlak perdana menteri. Beliau berhak membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan mana-mana individu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tuntutan Wan Fayhsal supaya jawatan menteri itu digantikan dengan wakil Bersatu yang lain bagi memenuhi kuota parti amat mengecewakan sekali.

“Memandangkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bertanggungjawab atas industri yang menjadi sumber mata pencarian ratusan ribu warganegara, pelantikan penyandang jawatan di kementerian itu seharusnya dibuat berdasarkan merit dan prestasi, bukan kuota semata-mata.

“Segala pencapaian, jasa dan khidmat bakti Zuraida sepanjang beliau menerajui kementerian tersebut haruslah menjadi pertimbangan jika ingin ditentukan sama ada perlu diterajui oleh beliau atau tidak,” katanya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat