Hadi tukar keputusan PN, Hamzah dilantik semula sebagai Ketua Pembangkang

TANAH MERAH – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa Hamzah Zainudin akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keputusan terdahulu Perikatan Nasional (PN) yang pernah mengumumkan pelantikan Ahmad Samsuri Mokhtar ke jawatan tersebut.

Menurut Abdul Hadi, keputusan mengekalkan Hamzah dibuat secara bersama oleh Ahli Parlimen PAS dan parti-parti komponen PN.

“Yang pertama, ahli parlimen PAS dan PN… kita tak ambil pandangan PAS sahaja tetapi ahli parlimen PN, maka PAS membuat keputusan Hamzah kekal sebagai ketua pembangkang.

“Itu satu gol,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu.

Pada Mei lepas Setiuasaha Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan keputusan mesyuarat PN bahawa Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Hamzah.

Bagaimanapun, kenyataan terbaru Abdul Hadi hari ini menunjukkan keputusan itu telah berubah apabila Hamzah diumumkan kekal menerajui blok pembangkang di Dewan Rakyat.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menegaskan bahawa PN akan mengekalkan struktur kepimpinan sedia ada dalam gabungan itu dengan Ahmad Samsuri kekal sebagai Pengerusi.

“Yang kedua kita kekalkan pengerusi PN,” katanya.

Kenyataan itu menguatkan lagi tuduhan PN kini dikuasai oleh PAS sepenuhnya.

Sementara itu, Abdul Hadi turut membuat pengumuman mengejut apabila mendedahkan bahawa beberapa tokoh besar dijangka menyertai PAS dalam satu majlis di Negeri Sembilan pada malam Sabtu.

“Dan malam ini di Negeri Sembilan akan diumumkan beberapa tokoh besar akan masuk parti kita.

“Ini keputusan yang mengejutkan dan kita akan buat perubahan insya-Allah akan menyelamatkan negara kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti tokoh-tokoh yang dimaksudkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat