Malaysia Lawan Korea Selatan Di Final Hoki Piala Asia Esok

- Advertisement -

PETALING JAYA – Malaysia meraih peluang terbaik untuk melakar sejarah merangkul kejuaraan hoki Piala Asia buat kali pertama apabila menempah pertemuan dengan Korea Selatan dalam perlawanan akhir di Jakarta esok.

Kejayaan skuad Speedy Tigers membelasah Jepun 5-0 dalam aksi Super 4 dan keputusan seri 4-4 antara dua bekas juara, India dan Jepun membolehkan anak-anak buah Arul Selvaraj menempah tiket final buat kali kedua dalam sejarah kejohanan sejak 2017.

Sejak Piala Asia diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah bergelar naib juara 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.

Jaringan Shello Silverius, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Muhammad Razie Abd. Rahim, Muhammad Syafiq Hassan dan Mohamad Ashran Hamsani memastikan Malaysia melakar kemenangan sensasi di Gelora Bung Karno.

Ini kali ketiga skuad Speedy Tigers akan menentang Korea Selatan yang merupakan juara 2013, 2009, 1999 dan 1994 dalam Piala Asia 2022.

Pertemuan pertama pada peringkat kumpulan 24 Mei lalu menyaksikan pasukan negara menang 5-4, manakala perlawanan kedua di pusingan Super 4, Sabtu lalu berkesudahan seri 2-2.

“Kami sudah jalankan tugas kami. Kita menang perlawanan dengan Jepun yang paling penting adalah kami dapat main apa yang kami mahukan.

“Persiapan untuk setiap perlawanan dilakukan setiap pemain, saya hanya berikan panduan. Saya percaya kalau kita memperkasakan mereka, mereka akan menjadi lebih kuat,” kata Arul. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat