Agong Pun Perlu Berhenti Fungsi Jika Didakwa, Inikan Pula Cuma TPM – Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa reformasi dilakukan berkenaan perjawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri memandangkan beliau disabitkan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Dr Mahathir dalam entri blognya mencatat hasil semakan kandungan Perlembagaan Persekutuan di mana termaktub Perkara 33A menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika dipertuduh atas suatu kesalahan.

“Saya sedang menyemak Perlembagaan Persekutuan tiba-tiba saya mendapati ketidakselarasan peruntukan di bawah Perkara 33A.

“Ia berbunyi seperti berikut: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong jika didakwa dengan suatu kesalahan”, ujar Dr Mahathir.

Maka katanya jelas sekali bahawa pertuduhan atas kesalahan adalah sangat serius sehingga seseorang seperti Yang di-Pertuan Agong akan berhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong.

“Ia tidak mengatakan bahawa baginda perlu didapati bersalah sebelum baginda berhenti menjalankan tugasnya.

“Didakwa jelas cukup serius untuk perlembagaan menetapkan pemberhentian fungsinya,” tegas beliau lagi.

Ekoran itu beliau mempersoalkan jawatan dan tugas Zahid yang cuma sekadar Timbalan Perdana Menteri yang ternyata lebih rendah daripada kedudukan Agong namun masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan berdepan lebih 40 pertuduhan di mahkamah.

“Sekarang, bagaimana pula dengan peranan yang lebih rendah seperti Timbalan Perdana Menteri. Dia telah didakwa dengan lebih 40 pertuduhan. Namun beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan terus memegang jawatan itu.

“Adakah Timbalan Perdana Menteri seorang pegawai yang lebih kanan yang sepatutnya dilayan lebih baik daripada Yang di-Pertuan Agong?

“Terdapat keperluan untuk reformasi di sini, saya fikir.

“Okay. Saya akan menjaga cucu saya sekarang. Abaikan saja ini,” katanya Mahathir sinis.

Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat