13 Juta Data Peribadi Rakyat Bocor, Menteri Gesa Cybersecurity, JPDP Lakukan Siasatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cybersecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran data maklumat membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang tersebar di media sosial awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kebocoran data berkenaan adalah serius, melibatkan jumlah maklumat yang banyak.

“Ini satu dakwaan kebocoran yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak.

“Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” tegas Fahmi dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, beliau berkongsi hantaran milik pengguna akaun Facebook dengan nama Pendakwah Teknologi yang mendakwa hampir 13 juta maklumat pengguna daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Berdasarkan hantaran itu, pada 25 Disember 2022 kira-kira 7.56 malam, sebuah laman web telah menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna SPR.

Maklumat yang dibocorkan didakwa melibatkan nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat