HONOR X9a 5G menawarkan jangka hayat bateri selama 2 hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2022 – Berbaki seminggu lagi sebelum pelancaran HONOR X9a 5G pada 4 Januari 2023, HONOR Malaysia memuat naik video baru memaparkan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menunjukkan bateri model baharu Siri X itu mampu bertahan sehingga dua hari.

Dalam video tersebut, Aaron dan Wooi Yik memulakan aktiviti seharian mereka dengan bateri HONOR X9a 5G tinggal 43%. Dengan baki bateri sebanyak itu, mereka boleh mengambil gambar, membuat panggilan video, mendengar lagu, menonton video dan juga gaming. Di hujung hari, bateri masih bertahan dan peranti tersebut tidak tutup akibat bateri rendah. Kemampuan bateri HONOR X9a 5G bertahan sehingga dua hari menerima pujian Aaron dan Wooi Yik. Video tersebut boleh disaksikan di pautan ini: https://www.facebook.com/HonorMY/videos/608295184632705

HONOR X9a 5G antara telefon pintar paling ringan dan nipis di pasaran dengan kapasiti bateri lebih 5000mAh

Telefon pintar penting bagi golongan yang hidup dalam kemodenan untuk kerja, melancong, hiburan dan berhubung. Oleh itu, ketika mahu membeli telefon pintar, pengguna pasti mencari peranti dengan kapasiti bateri besar supaya tidak perlu menghadapi masalah bateri rendah pada waktu penting. Pada masa sama, berat telefon pintar juga perlu diambil kira untuk keselesaan apabila digenggam.

HONOR berjaya mencipta keseimbangan pada HONOR X9a dengan badan yang ringan, nipis berserta jangka hayat bateri panjang. HONOR X9a dimuatkan kapasiti bateri besar 5100mAh dengan ketebalan badan 7.9mm dan berat hanya 175g.

Dengan penjimat kuasa pintar, pengguna boleh mengecas HONOR X9a 5G sekali setiap dua hari. Berdasarkan data ujian, apabila dicas penuh, HONOR X9a 5G boleh memutarkan YouTube Music sehingga 29 jam, menyaksikan video di YouTube selama 24 jam, menonton TikTok untuk 19 jam, melayari media sosial selama 21 jam, atau gaming selama 11 jam[1]. Sebagai tambahan, HONOR X9a 5G turut menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 40W dan dengan pengecasan hanya 30 minit sahaja sudah mencukupi untuk menonton video YouTube selama 12.5 jam tanpa berhenti[2].

Bateri jangka hayat panjang yang digunakan oleh HONOR X9a 5G dapat mengekalkan 80% daripada kapasiti maksimum selepas 1,000 kitaran pelepasan cas, melebihi paras am industri yang hanya 500 hingga 800 kitaran. Ini bermakna, selepas penggunaan tiga tahun, bateri HONOR X9a 5G masih bertahan lama.

Jangka hayat bateri HONOR X9a 5G yang mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali pengecasan memberi pengalaman mudah alih menyenangkan kepada pengguna. Dilengkapi Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh, kapasiti bateri 5100mAh, badan ringan dan nipis, HONOR X9a 5G sudah menawarkan ciri seperti telefon pintar mewah.

Saksikan siaran langsung pelancaran HONOR X9a 5G di Facebook HONOR Malaysia pada 4 Januari 2023, jam 7 petang. Untuk maklumat lanjut HONOR X9a 5G boleh layari https://www.hihonor.com/my/new-launch/ atau ikuti Facebook HONOR Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat