Bersatu ‘parti derita’ yang baru, kata Tun Faisal

- Advertisement -

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berkata kini partinya mengambil alih parti PKR sebagai “parti derita”.

“Kami bukan parti yang bergaul dengan taikun besar atau menaiki helikopter,” katanya ketika bercakap kepada wartawan di Perhimpunan Agung Bersatu hari ini.

Anwar sebelum ini sering mendakwa PKR adalah parti derita yang tidak mempunyai sokongan ahli perniagaan besar.

Namun dakwaan tersebut kerap kali dipandang sinis memandangkan beliau sebelum ini diketahui rapat dengan beberapa ahli perniagaan terkemuka negara.

Anwar sebelum ini turut menggunakan jet dan helikopter dalam perjalanan semasa kempen pilihan raya.

Sementara itu, Tun Faisal menyatakan komitmennya untuk membina momentum perubahan walaupun menghadapi cabaran dalam mengetuai usaha komunikasi Bersatu.
“Apabila saya dilantik sebagai ketua penerangan, saya merasakan perlunya meneruskan apa yang telah dimulakan, terutamanya kerana kami kini berada di pihak pembangkang,” katanya.
Dia membangkitkan perbezaan strategi komunikasi antara ketika menjadi kerajaan dan pembangkang, terutama di bawah pentadbiran semasa yang didakwanya menggunakan undang-undang untuk menekan pihak yang mengkritik.

“Ia bukan tugas mudah tapi mood di peringkat bawah, ramai orang yang nak tukar kerajaan.
“Cuma sebelum ini mereka rasa berserah dan (rasa) tak boleh nak buat apa-apa. Apabila lepas pemilihan dan kita ada kepimpinan baru, ada orang yang boleh baik yang boleh buat perubahan di pelbagai platform, daripada sidang DUN sehingga ke Parlimen,.
“Maka kita kena cuba manfaatkan kelebihan yang ada ini dan tambah baik dengan visi peribadi,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat