Peguam Negara Sekarang Tak Salah Apa-Apa – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peguam Negara (AG) , Tan Sri Idrus Harun tiada kesalahan dan istilah “orang dia” yang diucapkan oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) Datuk Seri Azalina Othman Said tidak ada kena mengena dengan pendirian teguh beliau mengenai pengasingan kuasa antara Badan Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan, serta pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Azalina menyatakan beliau menghormati Idrus dan menyifatkan Peguam Negara itu lelaki yang baik.

“Tiada kesalahan kepada Peguam Negara semasa. Beliau seorang lelaki baik yang saya hormati.

“Jawatan Peguam Negara ditubuhkan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, dan beliau adalah pegawai kerajaan yang sangat berkuasa. Beliau adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan mewakili kerajaan.

“Peguam Negara bukan sahaja sebahagian daripada Eksekutif, tetapi beliau juga merupakan penjawat awam berpangkat tertinggi di negara ini, yang boleh menggunakan budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding di kebanyakan mahkamah di Malaysia, kecuali syariah, anak negeri dan mahkamah tentera.

Malangnya, semua orang beranggapan bahawa seorang yang dilantik sebagai Peguam Negara baharu akan dimanipulasi untuk menggugurkan pertuduhan jenayah terhadap ahlinya atau diampunkan daripada semua pertuduhan.

“Ini bukan niat saya, bukan juga hasrat Taklimat Khas Presiden Umno yang diadakan Sabtu lalu. Sila tonton ucapan sekali lagi untuk pengesahan.Pendirian tentang Peguam Negara, percanggahan?

“Dalam ucapan saya, adakah saya meminta Peguam Negara disingkirkan untuk membebaskan YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak)? Sehingga dia tidak perlu menghadapi baki pertuduhan dan perbicaraan terhadapnya?

“Bukankah YB Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mendapat pengampunan dan dibebaskan 7 hari selepas Pakatan Harapan (PH) meraih kemenangan dalam PRU14? Atau apabila Tan Sri Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara oleh Perdan Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad), bukankah dia “Orang PH”? Jadi soalan saya kepada anda (Pengerusi Bersih, Thomas Fann) ialah, mengapa Bersih kemudian tidak berkata, petikan “Kerisauan kita yang paling besar tengahari ini adalah ancaman kepada rule of law…pada himpunan khas di ibu pejabat ini.

“Adakah anda baru mengalihkan tiang gol? Perdana Menteri PH menukar Peguam Negara dan begitu juga Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN), tetapi PM dari UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak boleh menukar atau menggantikan Peguam Negara? Double standard, saya rasa,” catat Azalina kepada Pengerusi Bersih itu lagi.

Fakta seterusnya beliau bertanya adakah Bersih mempunyai pepatah undang-undang yang berbeza untuk ahli politik UMNO/BN yang “bersalah sehingga terbukti tidak bersalah”?

Soalnya, adakah di sisi undang-undang dilarang untuk responden di Mahkamah Rayuan meminta masa daripada Pendakwa Raya atau menyokong usul menukar peguam?

“Bukankah Peguam sepatutnya dibenarkan melepaskan diri walaupun peguamcaranya telah ditamatkan perkhidmatan pada hari yang sama? Ini menetapkan precedence (contoh) untuk semua peguam dan anak guam Malaysia.

“Berkali-kali orang melemparkan tuduhan kepada tertuduh menyalahgunakan proses mahkamah, tetapi bagaimana pula dengan penyalahgunaan hak tertuduh di sini? Bukankah Bersih sepatutnya mempertahankan prinsip “Setiap latitud mesti diberikan kepada orang yang dituduh untuk mempertahankan kesnya atau dirinya sendiri”? kata Azalina.

Beliau juga menegaskan bahawa Taklimat Khas Presiden Umno Sabtu lalu adalah perhimpunan solidariti Umno di kalangan ahli Umno, di Dewan Merdeka Umno.

“Di peringkat tertinggi, Umno tidak mempunyai mentaliti merusuh. Kami tidak membawanya ke jalan raya dan menyusahkan orang ramai.

Jadi Thomas, saya sangat berharap bahawa ini adalah kes “kedua-dua pihak sangat dibutakan oleh ketakutan dan kebencian mereka antara satu sama lain sehingga mereka tidak dapat melihat mereka semua berjuang untuk perkara yang sama” kata Ahli Parlimen Pengerang itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat