Kalau tak salah, apa nak takut? kata Syed Saddiq kepada Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Mahkamah ialah landasan terbaik untuk menegakkan kebenaran.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak takut dengan pengadilan di mahkamah sekiranya tidak melakukan kesalahan.

“Presiden Umno katakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan bermotifkan politik terhadapnya dan pemimpin Barisan Nasional (BN) lain lepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kalau betul tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan, kenapa Presiden Umno nak takut dibawa ke mahkamah?

“Apa nak takut? Mahkamah merupakan landasan terbaik untuk menegakkan kebenaran,” beritahu Syed Saddiq kepada Zahid.

Malah kata Ahli Parlimen Muar itu lagi, dirinya juga ada kes mahkamah.

“Saya pun diheret ke mahkamah.

“Sampai saya minta peguam saya lajukan perbicaraan saya. Sepatutnya tahun depan, tapi saya lagi suka kalau cepatkan.

“Sebab saya tahu kebenaran akan ditegakkan di mahkamah,” ujar Syed Saddiq lagi.

Lagipun kata Syed Saddiq, perbicaraan kes beliau pun sudah hampir habis.

“Saya pun buat apa sahaja yang saya boleh untuk tidak tangguhkan perbicaraan kes saya.

“Insyallah semua dipermudahkan.

“Saya syorkan Tuan Presiden (Zahid) dan juga yang lain, gunakanlah institusi mahkamah untuk membela diri.

“Buat apa takut kalau memang betul-betul tak bersalah. Berani kerana benar.

“Kebenaran hanya boleh ditegakkan di Mahkamah bukan di Persidangan Bossmu! bidas beliau.

Semalam, Zahid mempertahankan pembelaan di Mahkamah Tinggi , kerajaan pimpinan PH melakukan pendakwaan terpilih terhadapnya selepas BN tumbang pada PRU14)
empat tahun lalu.

Presiden UMNO berkata, selain beliau, lebih 20 pemimpin BN telah diheret ke mahkamah bagi menghadapi pendakwaan bermotif politik dan balas dendam manakala 15 pemimpin PH pula dibebaskan daripada pertuduhan masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat