Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukti Kerajaan komited – Zuraida

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai penubuhan jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Presiden Pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ini menunjukkan Kerajaan komited dalam menangani isu mendesak yang menjejaskan kepentingan rakyat.

“PBM optimis usaha pelbagai kementerian ini dapat membantu membendung inflasi pada kadar yang boleh diurus.

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, disebabkan sebahagian besarnya oleh faktor luaran seperti perang di Ukraine, gangguan rangkaian bekalan dan keadaan cuaca global yang tidak menentu,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, berbanding dengan negara lain, termasuk negara maju, Malaysia mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membendung tekanan inflasi.

“Sebagai contoh,United Kingdom baru-baru ini mengumumkan bahawa kadar inflasinya beradapada 9.1 peratus, tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

“Di Amerika Syarikat pula, ia adalah 8.6 peratus, juga tertinggi dalam empat dekad.Di Malaysia, inflasi bagi bulan Mei berada pada 2.8 peratus, seperti yangdiumumkan oleh Jabatan Perangkaan baru-baru ini.

Selain itu, katanya Menteri Kewangan juga mendedahkan bahawa Kerajaan akan membelanjakan kira-kira RM80 bilion untuk subsidi tahun ini, yang tertinggi dalam sejarah negara.

Zuraida menambah, dengan tidak membenarkan harga terapung, rakyat Malaysia masih akan dapat menikmati daging popular ini pada harga yang lebih berpatutan.

“Tanpa subsidi untuk minyak masak, gula, petrol dan beras, harga banyak barangan keperluan akan melonjak di luar kawalan, dan menyebabkan kumpulan rentan seperti B40 berada dalam keadaan yang lebih teruk.

“Kerajaan juga patut diberi pujian kerana menetapkan harga siling ayam pada harga RM9.40 sekilogram,” katanya.

Jelasnya, PBM menggesa Kerajaan, khususnya jawatankuasa yang baru it untuk terus meningkatkan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti mengaut untung oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Kami telah menerima banyak maklumbalas bahawa sesetengah peniaga menaikkan harga, dalam beberapa kes melebihiharga siling yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Kerajaan mesti dilihat bertindak tegasterhadap peniaga-peniaga ini dan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Jemaah Menteri semalam bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Pasukan khas yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Pasukan khas ini akan berfungsi sebagaimana pasukan menguruskan pandemik COVID-19, dengan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis.

Sidang media akan diadakan selepas setiap mesyuarat berlangsung bagi memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Keluarga Malaysia.

Pasukan khas itu juga dianggotai Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, turut berada dalam pasukan khas terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat