Minta kebenaran sebelum rakam semula lagu nostalgia – Hattan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Hattan menggesa penyanyi baharu dari negara seberang untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum merakamkan semula lagu-lagu ‘hit’ Malaysia suatu ketika dahulu.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, berkata, kebenaran itu sangat penting memandangkan lagu yang dirakamkan semula itu adalah hak milik penyanyi di negara ini.

“Sekarang banyak betul ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) dari seberang (Indonesia) mereka rakam balik lagu ‘hit’ kita dulu-dulu. Okay saja kalau mereka nak rakam. Cuma, kau dah minta kebenaran belum?

“Kau kena minta kebenaran sebab dah guna lagu sini (Malaysia). Nak rakam itu boleh tapi biar betul caranya,” katanya dalam satu hantaran video di Instagram miliknya.

Jelas Hattan, apa yang membuatnya semakin kesal apabila melodi asal lagu itu diubah sehingga hilang identitinya selain menegaskan mereka perlu menghormati lagu sebenar.

“Lagi satu, Kau nyanyi lembik-lembik itu kenapa? Macam ular kena pukul pula. Belajar menghormati lagu lah! BBNU seberang ini kau nak rakam lagu orang tapi bunyi jadi macam-macam, kau tukar melodi salah itu.

“Tak kiralah siapa Raffa ke? Zidane ke? Kau jangan nak memandai-mandai. Kau nak rakam, rakam elok-elok dan minta kebenaran. Kalau kau tak bayar royalti itu dah kira cetak rompak, kau jangan main-main,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,584FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat