Hormati Sabah longgar SOP – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa kerajaan pusat menghormati keputusan kerajaan negeri itu yang bertindak melonggarkan SOP.

Hal ini katanya, memandangkan Malaysia kini berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bukan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya menyokong sepenuhnya tindakan Ketua Menteri dan kerajaa negeri untuk melaksanakan pelonggaran SOP untuk Sabah.

“Kita harus faham bahawa sekarang kita berada dalam Pelan Pemulihan Negara, bukannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar beliau dalam satu hantaran Facebook pada Rabu.

Salleh menambah, kita seharusnya tumpukan perhatian kepada pemulihan Sabah dengan penyesuaian SOP mengikut situasi terkini.

“Saya percaya kerajaan negeri sudah mengambil kira dan pertimbangan semua faktor dalam perkara ini.

“Oleh itu, kerajaan pusat patut menghormati keputusan dan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sabah,” tegas beliau.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, Sabah tidak patut melonggarkan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, semua negeri sepatutnya melaksanakan satu standard SOP sahaja, namun sekiranya ada negeri yang ingin menambah baik dengan memperketatkan suatu perkara, ia dibenarkan.
Kenyataan itu menyusul pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi susulan pelaksanaan Fasa 1 PPN di Sabah bermula semalam.

Ia termasuk membenarkan orang ramai makan di restoran, melakukan aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal, manakala kedai gunting rambut dan aktiviti pembuatan serta perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot dibenarkan beroperasi.

Susulan kenyataan Ismail, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dilaporkan berkata, negeri itu masih menunggu kelulusan kerajaan pusat berhubung kebenaran aktiviti sosial dan ekonomi seperti diumumkan Hajiji.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat