Suami Nancy Shukri Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia pada Khamis.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P193 Santubong.

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching pada 19 Jun.

Jenazah kemudian akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.

Bagaimanapun, masa penghormatan terakhir akan dimaklumkan kemudian.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong merupakan antara pemimpin wanita paling kanan dalam Kerajaan Persekutuan dan telah berkhidmat dalam pelbagai portfolio kabinet sejak beberapa penggal lalu.

Orang ramai turut diajak mendoakan agar roh Allahyarham Datuk Kamil dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” menurut kenyataan tersebut.

SuaraTV merakamkan ucapan takziah kepada Dato’ Sri Nancy Shukri dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat