Zara mahu ceriakan ‘rider’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mahu memberi keceriaan kepada kumpulan penghantar makanan, Zara Zya berhajat menyediakan pek juadah untuk ‘rider’.

Aktif menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Prihatin Tanpa Sempadan, Zara mengajak orang ramai membantu kumpulan ‘rider’ dan mengumpul dana.

“Jika ikut kemampuan sendiri, saya boleh sediakan pek makanan, minuman, pelitup muka dan cecair sanitasi tangan.

Zara mahu memberi keceriaan kepada kumpulan penghantar makanan atau ‘rider’ dengan mengagihkan pek juadah. Foto IG Zara Zya
Zara mahu memberi keceriaan kepada kumpulan penghantar makanan atau ‘rider’ dengan mengagihkan pek juadah. Foto IG Zara Zya

 

“Tetapi saya fikir lebih baik niat ini dilakukan bersama mereka yang sudi menyumbang. Lebih ramai yang tampil, Insya-Allah lebih luas bantuan boleh dihulurkan,” katanya kepada BH Online.

Zara berkata, penghantar makanan dianggap petugas barisan hadapan yang berkorban demi memenuhi permintaan pelanggan pada era pandemik COVID-19.

“Mereka terdedah pelbagai risiko. Saya mahu menyumbang sesuatu kepada mereka. Kecil atau besar bantuannya, pasti memberi makna tersendiri kepada ‘rider’,” katanya.

Mengaku menggunakan perkhidmatan ‘rider’, Zara pernah bertanya barangan diperlukan mereka.

“Kebanyakan ‘rider’ beritahu mereka perlukan pelitup muka dan cecair sanitasi tangan.

“Sejak itu, terdetik hati untuk menghulurkan bantuan. Saya pasti ada antara ‘rider’ tidak sempat makan kerana perlu berkejar menghantar pesanan.

“Jadi, saya fikir, makanan dan minuman boleh membahagiakan mereka. Saya akan masak sendiri juadah seperti nasi ayam atau beriani,” katanya.

Sebagai permulaan, Zara yang mencetuskan fenomena melalui drama bersiri, Love You Mr Arrogant dan Pia akan mengagihkan sumbangan di beberapa stesen minyak di Setia Alam, Selangor.

“Saya sasar meletakkan antara 30 hingga 50 pek makanan di setiap stesen minyak. Jika dapat lebih banyak sumbangan, kita perluaskan lagi agihan,” katanya.

Zara berkata, orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh mendapatkan maklumat di akaun [email protected].

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat