Iran Keluar Waran Tangkap Ke Atas Donald Trump

- Advertisement -

TEHRAN: Iran telah mengeluarkan waran tangkap serta meminta bantuan Interpol untuk menahan Presiden AS Donald Trump dan puluhan yang lain kerana dipercayai mengarahkan serangan dron yang membunuh seorang jeneral terkemuka Iran di Baghdad.

Pendakwaraya Tehran, Ali Alqasimehr pada hari Isnin mengatakan bahawa Trump, bersama dengan lebih daripada 30 rakyat Iran yang lain, dituduh terlibat dalam serangan pada 3 Januari yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani, akan menghadapi “tuduhan pembunuhan dan keganasan”, lapor agensi berita separa rasmi ISNA.

Alqasimehr tidak menamakan (di dalam waran tersebut) sesiapa yang lain selain Trump, tetapi menekankan bahawa Iran akan tetap meneruskan pendakwaannya walaupun selepas tempohnya sebagai presiden berakhir.

Interpol, yang berpusat di Lyon, Perancis, tidak segera menjawab permintaan AlJazeera untuk memberi komen.

Alqasimehr juga dipetik sebagai berkata bahawa Iran meminta “notis merah” dikeluarkan untuk Trump dan yang lain. Notis merah ialah notis peringkat tertinggi yang dikeluarkan oleh Interpol, yang mengarahkan pencarian lokasi dan penangkapan individu yang dinamakan itu.

Di bawah notis merah, pihak berkuasa tempatan akan membuat tangkapan bagi pihak negara yang memintanya. Pemberitahuan tersebut bagaimanapun tidak dapat memaksa negara untuk menangkap atau mengekstradisi suspek, tetapi ia dapat membuatkan pemimpin sebuah negara tidak meninggalkan tempat dimana dia berada (kerana bimbang ditangkap) dan seterusnya menghadkan perjalanannya.

Setelah menerima permintaan, Interpol bertemu dengan jawatankuasa dan membincangkan sama ada mahu berkongsi maklumat dengan negara anggotanya atau tidak. Interpol tidak mempunyai syarat untuk membuat pemberitahuan tersebut kepada umum, walaupun ada yang diterbitkan di laman webnya.

Begitupun, kemungkinan Interpol akan akur kepada permintaan Iran adalah mustahil kerana garis panduan badan itu yang melarangnya untuk “melakukan campur tangan atau kegiatan politik”.

AS didakwa membunuh Jeneral Soleimani, yang mengetuai Pasukan Quds, unit elit dalam Pasukan Pengawal Revolusi, dan (beberapa) yang lain dalam serangan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad padaoada January. Pembunuhan itu berlaku setelah berbulan-bulan insiden yang meningkatkan ketegangan antara kedua negara dan akhirnya menyaksikan Iran membalas dengan serangan peluru berpandu balistik yang mensasarkan tentera Amerika di Iraq – AlJazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat