Anya masih menyusu botol…

- Advertisement -

MESKIPUN sudah berusia 24 tahun, pelakon Indonesia, Anya Geraldine mengakui dirinya masih memiliki tabiat menghisap susu dari botol.

Perkara itu dikongsikannya di Twitter semalam menerusi sebuah fotonya berbaring sambil menikmati susu botol berkenaan.

Menurutnya, dia gagal mengikis tabiat itu meskipun pernah dihalang ibu bapanya selain semua botol susu miliknya di rumah habis dibuang.

“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej.

“Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun,” katanya.

Sekali gus, perkongsiannya itu membuatkan ramai pengikutnya di Twitter terhibur. Tidak ketinggalan, rata-rata peminat lelaki turut mengusik tabiat peliknya itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat