Johari Akan Bawa Penduduk Ke Pejabat Tanah Esok, Selesai Isu Geran

- Advertisement -

TIOMAN – Hari penduduk Kampung Jawa Pantai berhimpun menzahirkan penantian mereka selama 43 tahun untuk memiliki geran tanah yang diusahakan pelbagai tanaman kepada calon Barisan Nasional (BN) dan juga penyandang DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Mereka yang majoritinya peneroka yang berhijrah dari Kedah ke Rompin telah mengusahakan tanaman di atas tanah yang diteroka itu sejak 1979 namun, sehingga kini masih belum mendapat hak pemilikan tanah tersebut.

Bahkan telah ramai generasi pertama yang datang meneroka telah meninggal dunia bagaimanapun tanah itu masih belum menjadi milik mereka.

Peneroka generasi pertama, Sapar Osman, 82, berkata, ramai rakan-rakan generasi pertama seangkatan dengannya telah dijemput Ilahi dan yang tinggal hanya dia dan dua kawan lagi namun sejak 1979 mereka masih tidak dapat memiliki tanah yang diusahakan itu.

“Generasi pertama ramai dah meninggal kalau generasi lama tinggal saya tiga orang sahaja lagi.

“Saya berhijrah dari Kedah sejak umur 40 tahun, duduk sini sekarang sudah 82 tahun belum lagi mendapat geran.Tapi Alhamdulillah pada hari ini datuk telah bagi jaminan yang penuh untuk dapat geran.

“Saya datang sini sejak 11.11.79 dari Kedah teroka tanah, kami datang sebab orang tempatan bagi peluang kepada kita teroka tanah,” katanya.

Menurut Sapar, dulu asalnya mereka cuma tanam tanaman kontan seperti jagung, kacang, keledek.

“Sekarang ni kita dah tanam sawit dan padi.

“Kita di sini sabar menanti demi memohon geran hari ini baru datuk respons,” ujar petani itu lagi.

Selain Sapar, generasi kedua peneroka di situ, Nazri Deraman, 57, pula memberitahu respons positif Datuk Seri Mohd Johari Hussain itu tadi memberi sinar harapan kepada mereka untuk mendapatkan geran tanah berkenaan.

“Saya telah perjuangkan tanah ini dah agak lama, saya generasi kedua. Tapi amat bersyukur, saya yakin dengan YB cakap tadi, insyallah.

“….yang lepas tu mungkin terlepas pandang. Kita orang kampung bila orang tak bagi surat kita pun tak tahu prosedur permohonan tanah mungkin penyebab tak dapat geran lagi, mudah-mudahan akan selesai segera,” ujarnya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) DUN Tioman, Johari berkata, beliau mengambil satu inisiatif yang agresif untuk menyatakan jaminan oleh kerajaan negeri bahawa isu tanah kampung Pantai Jawa ini boleh dianggap selesai.

“Saya telah memberi jaminan dalam perancangan dan kaedah menang-menang di peringkat pentadbiran dan pemohonan ini segera seawal esok kita akan majukan cadangan yang kita perkatakan tadi.

“Alhamdulillah mereka penduduk telah bersetuju secara dasarnya saya akan panggil tiga wakil untuk kita atur dan selaraskan perjumpaan agar mereka dapat mengetahui secara langsung berbanding sebelum ini kita hanya dan maklumkan kepada mereka sebab ada isu ada kelulusan mereka dapat surat tapi tak memahami secara terperinci kehendak surat secara pentadbiran di mana mereka kena membayar untuk mendapat geran tapi ada yang tak bayar mungkin tak faham.

“Kita tak boleh kata apa, dapat surat tak rujuk kita, tak rujuk pejabat tanah akhirnya kena mohon semula sebab dah tamat tempoh kita akan perbetulkan. Saya anggap isu ini selesai untuk pentadbiran awal,” ujar beliau.

Jelas Johari pihaknya sudah buat yang terbaik dan geran akan dimiliki oleh penduduk di Kampung Pantai Jawa tidak lama lagi.

“Kita dah ada kerajaan negeri, biar ada hitam putih dan jaminan pejabat tanah nanti akan lantik Exco dan cadangan ini kita akan bawa kepada Kerajaan Negeri untuk proses seterusnya.

“Menteri Besar pun tahu masalah ini dan beliau nak beri ruang sepenuhnya kepada penduduk kerana puluhan tahun menunggu pemilikan geran,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat