PRK Tioman: Johari Sambut Baik, Hargai Jiwa Besar Fadzli Beri Laluan

- Advertisement -

TIOMAN – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menyambut baik dan sangat menghargai keterbukaan Pakatan Harapan (PH) dan tentunya calon mereka dari parti Amanah, Mohd Fadzli Mohd Ramly yang memberi laluan kepadanya untuk merebut kerusi DUN itu.

Bahkan kata Johari beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Fadzli dalam tempoh terdekat ini bagi menyampaikan sendiri rasa terima kasihnya.

“Saya selaku calon BN di Tioman menyambut baik parti PH mengundur diri untuk memberi laluan kepada BN dan saya mengharapkan keputusan yang dibuat ini dapat diterjemahkan bersama dalam bentuk dan tindakan sesama ahli parti iaitu BN-PH untuk bekerjasama dalam PRU15 ini iaitu kita mahu menang dalam pilihan raya ini.

“Saya secara jujur sebagai calon dan juga dua pupu kepada Fadzli, saya ucap terima kasihlah. Tindakan ini telah memberi ruang kepada saya untuk bergerak lebih lancar dan menaikkan semangat untuk terus memberi perkhidmatan.

“Jika ruang dan peluang ada di depan, maksudnya dengan menangnya calon BN saya takkan abaikan rakyat di DUN Tioman ini, saya akan berkhidmat tanpa ambil kira status parti. Saya akan jumpa Fadzli dalam tempoh terdekat ini untuk menyatakan terima kasih atas sokongan beliau kepada kita semua,” katanya ketika ditemui di Kampung Jawa Pantai, pada Selasa.

Susulan itu, Johari berkata BN akan akan bertembung secara terus dengan Perikatan Nasional (PN) dan ini satu kelebihan kepada calon BN itu sendiri.

“Namun saya menyeru kepada jentera BN dan wakil PH untuk menyatakan sokongan berterusan dan kerjasama yang padu dalam meraih hati pengundi untuk menyokong dan memenangkan BN sekali gus calon tersebut bagi menentu hala tuju Kerajaan Perpaduan Pahang pada masa akan datang.

“Buat masa ini kita sedang merangka strategi gabungan terbaik sebelum kita melangkah lebih jauh, hubungan awal telah dibuat untuk menyusun gerak kerja bersama antara calon dan wakil -wakil parti.

“Saya akui ini satu perkara agak luar biasa, jarang berlaku,” katanya.

Hari ini, Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN N.42 Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli menjelaskan, tindakan berjiwa besar itu adalah bertujuan memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan berkenaan.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) sepatutnya berhadapan dalam saingan lima penjuru melibatkan calon BN Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Nor Idayu Hashim (PN), Osman A Bakar (Pejuang) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Dalam catatan di Facebooknya, Mohd Fadzli meluahkan bahawa beliau sedih namun tidak akan berhenti bersuara untu rakyat di Rompin.

“Hari paling sedih. Tapi takkan berganjak untuk bersuara bagi orang Rompin,” luahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat