Amanah Lapor Polis Terhadap Tiga Pemimpin PN Didakwa Pertikai Titah Agong

- Advertisement -

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah membuat laporan polis terhadap tiga individu terdiri daripada pimpinan Pas dan calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai kerana didakwa mempertikai titah Yang di-Pertuan Agong.

Laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Datuk Azman Nasrudin itu dibuat kira-kira pukul 10.30 pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar oleh Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh.

Menurut Dr. Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, laporan terhadap Muhammad Sanusi dibuat berhubung ucapan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dalam Jelajah PN Best di Tambun, Perak pada 13 November lalu.

“Dalam ucapannya itu, Muhammad Sanusi didakwa mempertikaikan proses pengampunan penuh diberikan Yang di-Pertuan Agong terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018.

“Jadi asas kepada laporan saya terhadap Muhammad Sanusi adalah berkaitan perkara itu. Beliau tampak seolah-olah mempertikaikan pengampunan penuh diraja pada masa itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam ucapan tersebut, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, isu pengampunan diraja diperolehi Anwar bagi sabitan kes liwat pada 2019 boleh dipertikai.

Menurutnya, Anwar bukan dipecat daripada UMNO kerana melawan penyelewengan sebaliknya kerana isu moral dan akhlak.

Mengulas mengenai laporan terhadap Abdul Hadi, Ismail berkata, laporan itu dibuat terhadap Ahli Parlimen Marang itu berhubung kenyataan dibuat pada 27 November lalu

“Dalam kenyataan itu, Abdul Hadi mengaitkan tindakan pengadil dalam perlawanan bola sepak yang memberi masa tambahan untuk memberikan peluang kepada golongan kalah meraih kemenangan dengan apa jua cara.

“Dengan bahasa digunakan itu, fahaman orang ramai seolah-olah pengadil itu adalah Yang di-Pertuan Agong. Tindakan ini juga seolah-olah mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong melantik Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai laporan terhadap Azman pula, Ismail berkata, pihak polis perlu menyiasat tindakan Azman menyatakan bahawa kerajaan yang terbentuk ketika ini adalah ‘kerajaan zina’.

“Ini satu tuduhan yang berat dan tidak berakhlak. Kalau nak menang dan berkempen sekali pun, janganlah sampai lakukan tindakan sebegitu rupa.

“Agong telah memberi peluang kepada PN untuk bersama membentuk kerajaan Perpaduan tetapi ditolak mereka. Tetapi Barisan Nasional (BN) buat keputusan terima titah tanpa ingkar dan derhaka dengan perintah Seri Paduka Baginda, maka mengapa pula Azman membuat tuduhan sebegitu rupa?” soalnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat