Perkhidmatan Awam Komited Laksana Agenda Pembaharuan Dibawa PM – KSN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Warga perkhidmatan awam teguh dan komited untuk melaksanakan agenda pembaharuan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan rakyat dan negara.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata beliau bersama rakan-rakan perkhidmatan awam akan melaksanakan agenda pembaharuan islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara.

“Insya-Allah, saya dan rakan-rakan perkhidmatan awam teguh dan komited dalam melaksanakan agenda pembaharuan (islah) yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam memastikan tata kelola yang terbaik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut berkongsi gambar sesi amanat dan perutusan Perdana Menteri bersama ketua-ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri di sini.

Anwar hari ini meminta penjawat awam bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya.

Pada perjumpaan pertamanya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lepas, Anwar berkata penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat