KPDNHEP Tumpaskan Sindiket Edar Bijirin Berasaskan Babi

- Advertisement -

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan sindiket pengedaran bijirin berasaskan bahan kandungan babi secara dalam talian melalui satu serbuan di Sungai Buloh, Selasa lalu.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi dijalankan susulan penularan rakaman video di media sosial berkenaan produk bijirin yang mengandungi bahan kandungan tidak halal itu.

“Produk makanan berkenaan adalah tidak halal dan pengguna boleh terkeliru serta tidak menyedari disebabkan pernyataan tersebut ditulis tidak mengikut saiz dan warna yang mudah kelihatan dengan jelas.

“Bertindak daripada maklumat berkenaan, Unit Serbuan dan Taktikal, Putrajaya menjalankan pemeriksaan di beberapa pasar raya terkemuka namun mendapati produk itu tiada dalam pasaran.

“Bagaimanapun hasil siasatan lanjut mendapati produk ini dijual secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa lalu.

Iskandar berkata, susulan itu pihaknya menyerbu sebuah premis dipercayai gudang penyimpanan produk berkenaan.

“Hasil serbuan mendapati produk tersebut diimport dari Korea dan tidak mempunyai pelabelan berhubung nama dan alamat pengimport atau pekilang.

“Dalam pemeriksaan susulan yang dijalankan di dalam premis itu, sebanyak 204 unit produk bijirin yang dianggarkan berjumlah RM 2,445 dirampas,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Perintah 3(1)(c) dan 4, Perintah Kawalan Harga (Pelabel oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu tidak mengandungi nama dan alamat pekilang, pengimport atau penjual borong dan perlabelan bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

“Orang ramai juga di nasihatkan mengelak diri dari menyebarkan berita yang tidak pasti di media sosial bagi mengelak kegelisahan orang awam khususnya berhubung dengan isu Halal yang amat sensitif bagi umat Islam di Malaysia.

“Orang awam juga disarankan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan kepada melalui hotline 1-800-886-800,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat