Tempat Dr Mahathir Berkempen Calon Bebas Pro Pejuang Kalah Teruk – Najib

- Advertisement -

TANJUNG MALIM – Kemenangan besar calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Slim hari ini membuktikan strategi serangan peribadi yang digunakan Pejuang, parti baru ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad ditolak rakyat.

“Apa yang mereka lakukan ditolak balik oleh rakyat, orang sudah meluat dengar.

“Rakyat dengar cerita (serangan peribadi) mereka telah tolak, mereka nak pemimpin yang boleh bela mereka, boleh jaga kebajikan rakyat.

“Balik-balik sebut nama saya, rakyat sudah benci dengar isu (serangan peribadi),” katanya selepas pengumuman keputusan PRK Slim di Majlis Daerah Tanjung Malim malam ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, bukti penolakan rakyat terhadap agenda yang dibawakan Pejuang ialah calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi kalah teruk di Felda Besout 2 yang dikunjungi Mahathir ketika berkempen untuknya Khamis lalu.

“Tempat Dr Mahathir pergi di Besout 2, mereka kalah teruk, calon kita menang majoriti jauh lebih besar. Ini petanda rakyat semakin sedar kegagalan kepimpinan beliau selama 22 bulan. Jelas mereka beri sokongan kepada BN dan tolak calon parti baru,” katanya.

Katanya, kemenangan besar BN yang dibantu PAS dan PPBM pada PRK Slim membuktikan logo BN masih diterima rakyat.

“Ini bukti logo BN masih dekat di hati rakyat, malah melalui Muafakat Nasional, maknanya kerjasama dengan PAS, parti-parti lain dalam BN, MCA, MIC, PPBM ada sumbangan.

“Umno dan PAS teras kepada MN. Ini merupakan ramuan politik pilihan utama masyarakat, khususnya dalam konteks PRK Slim,” ujar beliau.

Najib berkata, sokongan bukan melayu kepada BN kembali meningkat pada PRK Slim.

“Undi Cina dan undi India nampak semakin meningkat ke arah BN, ini satu petanda sangat positif dan terima kasih di atas perubahan sikap mereka,” katanya.

BN berjaya mempertahankan kerusi Slim dengan majoriti 5 kali ganda lebih banyak daripada kelebihan 2,183 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz meraih 13,060 undi, menewaskan 2 calon bebas, Amir Khusyairi dan S Santharasekaran dengan majoriti 10,945 undi. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat