“Saman Anwar Bukan Kerana Politik Tapi Fakta Dan Angka” – Muhyiddin

- Advertisement -

GOMBAK – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan saman yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan atas alasan politik tetapi bersandarkan kepada fakta dan angka membabitkan pelupusan hutang Felda.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan tindakan saman yang dibuat beliau hanya mempertahankan dirinya.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, pelupusan hutang peneroka Felda yang dilaksanakan ketika beliau mengetuai Kerajaan Persekutuan pernah disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu di mana perkara itu dilaksanakan pada 2021 begitu juga Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh juga sudah membuat kenyataan pada 24 Februari lalu bahawa pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion sudah selesai dilaksanakan pada 2021.

“Zaman pentadbiran saya sudah hapus RM8.3 bilion hutang peneroka Felda sudah dihapuskan dan perkara itu telah disahkan di Parlimen dan bekas Pengerusi Felda (Idris).

“Anwar dakwa beliau yang laksana penghapusan hutang Felda sedangkan apa yang dibuatnya ialah jaminan sukuk RM9.9 bilion kepada Felda.

“Saya saman Anwar kerana fakta dan angka. Saya perlu pertahankan diri saya, dan yakin di pihak yang betul,” kata Muhyiddin ketika ditemui di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu pada Sabtu.

Presiden Bersatu juga menyatakan saman yang dikemukakan itu bukan soal politik tetapi kepada realiti fakta dan angka.

“Ini (saman) bukan soal politik tapi realiti fakta, angka apa yang telak dilaksana oleh kerajaan terdahulu dan apa yang telah di claim oleh Anwar.

“Dokumentasi sukuk RM9.9 bilion itu perkara lain, ia perlukan masa kerana ikut prosedur untuk jadikannya efektif,” ujarnya.

Semalam, Muhyiddin Yassin mengemukakan saman terhadap Anwar dengan mendakwa perdana menteri itu memfitnahnya membabitkan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, Muhyiddin menuntut ganti rugi teladan dan teruk masing-masing sepadan dengan jumlah RM200 juta pampasan yang dituntut Anwar dalam jawapan kepada surat tuntutannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhyiddin berkata, Anwar memberikan ucapan yang memfitnahnya ketika sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023 di Serdang, Selangor (Sambutan Hari Peneroka Felda) pada 7 Julai lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, Ia disiarkan secara langsung melalui halaman Facebook dengan nama ‘Anwar Ibrahim.’

Katanya, beliau menjelaskan pelupusan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion sudah dilaksanakan pada 2021 melalui siaran Facebook pada 8 Julai lalu, bagaimanapun Anwar terus memfitnahnya dan menyatakan hutang masih tidak dilupuskan ketika berucap pada sesi dialog di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Julai lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat