Mohamad Hasan turun pertahankan DUN Rantau

- Advertisement -

SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, bakal mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan selepas tamat waktu penamaan calon pagi tadi.

Mohamad yang bertanding menggunakan logo Barisan Nasional akan ditentang oleh calon Perikatan Nasional, Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan.

Pengumuman yang dibuat oleh Pegawai Pengurus Bagi Bahagian Pilihan Raya DUN Rantau iaitu, Norazam Nayan itu mengesahkan pertembungan satu lawan satu antara PH-BN menentang PN.

Nampak hadir dalam himpunan menyokong Mohamad ialah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi.

Nama Menteri Pertahanan dan juga Ahli Parlimen Rembau itu dicadang oleh Hamdan Md. Nor dan disokong oleh Mohamad Yazid Jabbar, manakala, Rozmal dicadang oleh Mohd. Rizal Abdullah dan disokong oleh Ruzaizil Amril Riduan.

Mohamad yang mula bertanding di kerusi itu pada PRU-11 pada 2004, berjaya menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.

Pada PRU-12 dan PRU-13, Mohamad menewaskan calon wanita PKR, Aishah Lamsah, masing-masing dengan majoriti 4,613 undi dan 3,783 undi.

Kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dibatalkan dalam PRU14 akibat kesilapan SPR.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau kemudiannya (2019), Mohamad memperoleh 10,397 undi mengatasi tiga pencabarnya dengan majoriti 4,510 undi.

Pagi sebelum penamaan calon, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turut melawat pusat penamaan calon tersebut bagi meninjau tahap keselamatan sekitarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat