Tempias filem Mat Kilau

- Advertisement -

PENGARAH teater, Roslee Mansor berharap fenomena filem Mat Kilau akan tempias kepada teater arahannya Muzikal Moyang Salleh (MMS) yang dipentaskan di Istana Budaya pada Ogos depan.

Menurutnya yang sudah menonton filem terbabit, semangat penonton sangat luar biasa.

“Sebaik habis cerita, semuanya bertepuk tangan. Malah, emak mentua saya pun pergi menonton dan pada pertengahan cerita, di mana orang kampung sama-sama ‘join’ berlawan, dia dan yang lain bertepuk tangan.

“Itu nampak perkembangan mereka terhadap cerita epik. Filem ini meninggalkan kesan yang mendalam kerana pengarahan yang baik, kerja kamera yang bagus dan muzik yang meninggalkan kesan yang baik.

“Mat Kilau diangkat sebagai pahlawan yang hebat. Sebagai pengkarya, saya berharap bahawa Mat Kilau meninggalkan kesan besar kepada penonton dan meninggalkan satu emosi yang kuat,” katanya.

Menurutnya, dia menyeru penonton supaya mereka juga melihat sebuah persembahan dalam bentuk teater yang juga bersifat kepahlawanan atau patriotik selepas ini.

“Kalau dilihat Mat Kilau di layar filem, banyak perkara yang boleh dilakukan di filem. Namun di pentas teater juga, tentu mereka ingin lihat satu kelainan berkenaan kisah patriot, pahlawan yang diangkat seperti Moyang Salleh.

“Kisah Mat Kilau berlatar 1880-an, tapi Moyang Salleh pada 1770-an. Saya harap penonton terpanggil untuk menonton sebuah persembahan bersifat kepahlawanan.

“Ia juga teater pertama akan dipentaskan di Istana Budaya tahun ini. Manakala segi kepahlawanan Moyang Salleh berlainan daripada Mat Kilau,” katanya.

Roslee berkata, kelebihan Moyang Salleh pula ialah seorang ‘sufi’ dan mampu bergerak dari Jelebu ke Johor dengan terbang sahaja bersama empat pengikutnya.

“Bagaimana orang sufi dahulu sedut sahaja nafas sambil pejamkan mata dah sampai satu tempat. Itu yang boleh saya gambarkan. Dia ada ilmu boleh sampai dalam waktu yang cepat.

“Kami akan merealisasikan perkara ini di Lambang Sari IB serta tampilkan ilmu persilatan yang memikat. Kami nak tunjukkan empat pahlawan Moyang Salleh yang hebat ini.

“Dengan hanya menggeselkan badan di tepi sesuatu tempat boleh bergegar, tiup sahaja keluar api. Sebenarnya ini kehebatan pahlawan Melayu. Kami ada persepsi dalam perkara ini,” katanya.

Menurutnya penonton boleh melihat bagaimana sebuah pentas digerakkan dalam bentuk cerita epik yang digabungkan dengan unsur-unsur teknologi dan mereka pasti akan terpikat untuk melihat satu kelainan.

Teater terbitan Karyawan Negeri Sembilan dan Yayasan Badan Kebajikan Ahsan Luak Jelebu ini akan dipentaskan di Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos depan.

Barisan pelakon teater ini antaranya ialah Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Moyang Salleh), Khir Rahman (Sultan Abdul Jalil Muazam Shah), Aloeng Silalahi (Datuk Penghulu Rembau), Along Eyzendy (Si Amat), Azhar Jalil (Si Amat), Hairi Safwan (Datuk Bendahara), Mubarak Majid (Datuk Temenggung) dan Zuhairi Ibrahim (Tok Laut Api), Raja Mohd Hafiz (Tok Gagah Lela Perkasa), Haf Dzi Sofi (Tok Beruang Hitam) dan Zaim Zainal (Tok Bauk).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat