Orang Kuat UMNO Turun Pagoh Cuba ‘Lumpuhkan’ Pengaruh Muhyiddin

- Advertisement -

TANGKAK – Tanpa berselindung UMNO mengakui “all out” berkempen meraih undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pagoh bertujuan mengurangkan pengaruh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dirinya sendiri bekerja keras di Pagoh demi melemahkan pengaruh Muhyiddin yang sangat dihormati di situ.

“Ya, sudah tentu tanpa kita perlu berselindung. Perak menjaga Pagoh dan Pagoh ini kita tahu adalah dahulunya bekas Ketua UMNO Bahagian ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita dah pergi tengok orang-orang Pagoh tanpa rasa hilang hormat kepada Muhyiddin tetapi setia dengan UMNO-BN. Dengan itu kita yakin kedua-dua DUN di Pagoh iaitu Bukit Pasir dan juga Bukit Kepong akan dapat kita menangi oleh Barisan Nasional (BN).

“DUN Gambir yang dulunya diwakili Muhyiddin, jadi ini tiga tempat ini sangat penting dan saya lihat perubahan yang sangat besar dikalangan sikap pengundi.

“Tanpa rasa hilang hormat kepada Muhyiddin tapi mereka beri undi kepada BN dengan harapan kita BN akan dapat menubuhkan kerajaan stabil dan kuat. Itu adalah pegangan pengundi-pengundi,” jelas Saarani yang juga Menteri Besar Perak.

Dalam perkembangan lain, beliau juga menempelak silibus kempen diguna pakai Muhyiddin yang cenderung membuka aib pemimpin lawan sebagai politik tidak sihat.

“BN cuma jaja slogan Kestabilan Demi Masa Depan, kita nak rakyat faham apa maksud stabil itu. Tanpa perlu kita maki hamun orang, tanpa perlu ungkit kelemahan orang, tanpa perlu buka keaiban orang.

“Kita nak ‘jual’ kepada orang Johor ini adalah masanya orang Johor datang balik kepada BN. Kita bersedia untuk maafkannya dan beri kembali kepercayaan kepada kita semula untuk membina kerajaan yang stabil.

“Cerita Muhyiddin nak buka aib orang itu, nak buka aib orang ini itu terpulang kepada dia lah. Rakyat boleh menilailah untuk menjadi pemimpin yang baik bukanlah seorang pemimpin yang pandai membuka aib orang, bukan. Kita pun ada aib, ada kesilapan.

“Pilihan raya habis dilondehkan semua, semua orang ‘bertelanjang’ siapa yang baik? Rakyat nak mengundi nak pilih siapa semua ‘telanjang’ habis dah? Itu saya kata jangan, ini bukan caranya.

“Saya yakin pengundi muda lebih cenderung untuk melihat bagaimana kelakuan orang tua berpolitik, kita tawarkan peluang kepada rakyat Johor kepada BN,” tegas beliau.

Menurut Saarani lagi, siri kempen pimpinan parti lawan lebih terarah kepada momokan pembunuhan karektor pemimpin BN.

“Mana ada kluster mahkamah bertanding di Johor. Ini adalah momokan pihak lawan untuk melakukan pembunuhan karektor kepada pemimpin BN.

“… tapi mereka silaplah, lagi banyak, lagi ramai, lagi kerap mereka melaungkan Datuk Seri Najib “Bossku” lagi popular Najib dan lebih ramai orang akan bersimpati dengan dan juga memberi sokongan dan mengundi BN, ini adalah baik.

“Saya yakin pengundi yakin tak terpengaruh dengan dakyah,” ujarnya.

Saarani memberitahu PRN ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Johor membetulkan kesilapan PRU-14 kerana memilih Pakatan Harapan (PH).

“Kita maafkan pengundi-pengundi yang buat silap pada PRU-14, kita maafkan sebab waktu itu kita dah ingatkan supaya jangan terpengaruh jangan emosi, terpedaya tapi ramai waktu itu nak bagi peluang sekali mungkin ada yang lebih baik daripada BN.

“Nah maka dia dapat kerajaan yang tidak stabil. Sekarang waktu yang baik untuk orang Johor mengambil peluang keemasan ini untuk membetulkan kesilapan, kata silap, kita maafkan lah. Betulkan kesilapan sebab kali ini kita nak tubuh sebuah kerajaan yang stabil dan kuat

“Sejarah telah buktikan BN satu gabungan parti yang walaupun ada kelemahan di sana sini kita betulkan,” katanya.

Jelas Saarani lagi kemenangan selesa BN di Johor akan membebaskan kerajaan negeri daripada sebarang ugutan dan karenah parti-parti sokongan seperti yang berlaku sebelum ini.

“Supaya BN dapat kerusi lebih di Johor ini, supaya jadi kerajaan tunggal tanpa perlu dia rungsing untuk memikirkan apa pulak demand, apa lah pulak permintaan, ugutan daripada parti-parti sokongan yang lain.

“Kalau BN sendiri boleh dapat 40 daripada 56 kerusi, Menteri Besar boleh fokus pembangunan negeri, tak perlu pening ugutan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat