“Muafakat Nasional Tak Ada Dah, Wassalamu”

- Advertisement -

TANGKAK – Muafakat Nasional (MN) ikatan kerjasama antara UMNO dan PAS sudah tidak ada lagi namun belum layak disebut bercerai atau terbubar.

Bagaimanapun hakikatnya tiada lagi sebarang kerjasama antara UMNO dan PAS kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Muafakat Nasional? Tak ada dah la tu, buat apa lagi kita berselindung-selindung lagi dalam hal ini kan? Orang kata mata berpandangan, budi kedapatan, dari mata turun ke hati, semua ini dah tak ada dah.

“Tak ada dah (MN), dapat pahala niat sahajalah. Niat untuk bergabung, untuk bersatu.

“Saya kena ingatkan sekali lagi kepada semua orang tajuk penyatuan ini kena diingat penyatuan bermakna saling sokong menyokong, saling kukuh mengukuh saling memperkuatkan antara satu sama lain, itu penyatuan – tapi kalau penyatuan nak ambil kerusi orang itu, nak ambil kerusi orang ini.. itu apakebenda? kita saling melemahkan antara satu sama lain, kita saling menindas antara satu sama lain,” kata pada sidang media malam tadi di Tangkak, Johor.

Menteri Besar Perak itu memberitahu bahawa penyatuan mesti diisi dengan toleransi, saling percaya dan niat untuk saling kukuh-mengukuhkan.

“Ini barulah penyatuan, tapi kalau setakat sign perjanjian tapi hari sign itu dah pasang niat nak ambil kerusi UMNO… itu tak adalah.

“Di Melaka UMNO tawar lima kerusi boleh menang kepada PAS sebab PAS bukan kuat di Melaka. Tapi oleh kerana dia (PAS) tak nak, dia tak cukup lima (kerusi) nak lebih beerti berapa saja kerusi UMNO? Pilihan raya umum nanti pun samalah situasinya (rebut kerusi),” jelasnya.

Saarani memberitahu, MN bukan ditubuhkan untuk pilihan raya saja tetapi lebih kepada penyatuan hati di kalangan Melayu Islam.

“Sebab dalam masjid dulu berantakan, rebut jawatan. Hal demikian, MN tidak didaftarkan sebagai gabungan parti politik, mana ada logo.

“MN itu asas penyatuan hati orang Melayu-Islam. Sebelum ini kita anggap penyatuan itu untuk kita hadapi PRU waktu itu, ketika itu Bersatu ini musuh kepada MN.

“Lagipun kini PAS pun dah jadi kerajaan, jadi menteri dia jadi lain macam…dah lupa kepada piagam (MN).

“Bagi saya tak ada dah la, wassalamu, tapi bulan Ramadan kena tarawih bersama lagi lah,” seloroh Saarani.

Pun begitu, beliau enggan melabel status MN sebagai cerai mahupun bubar kerana Piagam Muafakat Nasional untuk penyatuan ummah.

“MN bukan entiti politik, piagam menyatakan MN ialah forum yang gabungkan UMNO dan PAS untuk penyatuan ummah untuk pilihan raya.

“Kalau isytihar itu (cerai) buruklah imej orang Islam ini. MN ialah platform gabungan orang PAS dan UMNO selalu bergaduh.

“Kerana cerai makna berantakan baliklah, bukan ditubuhkan sebagai badan politik,tak nak sebut bercerai nampak buruk sangat

“Kasih sayang untuk tujuan politik ini, tak nampak antara PAS dengan UMNO, tak nampak. Parti politik ditubuhkan untuk mencari kuasa… jadi kalau dah orang tak nak. Tapi buruk sangat kata hubungan ini dibubarkan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat