Sistem PADU dapat elak pertindihan urusan agihan zakat kepada asnaf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) data sedang dibangunkan bagi mengelakkan pertindihan dalam urusan agihan zakat kepada golongan asnaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengakui, pangkalan data atau bank data amat penting bagi melancarkan pengurusan bantuan kepada rakyat khususnya golongan asnaf fakir dan miskin.

“Jabatan Perangkaan sedang membangunkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan membolehkan pihak majlis agama Islam negeri dan agensi mengurus zakat membuat semakan data secara real time atau near real time sekali gus dapat membantu mempercepatkan proses pengagihan bantuan zakat dengan teratur kepada mereka yang layak.

“Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) bersama-sama majlis agama dan agensi mengurus zakat amat menyambut baik usaha ini dan sedang menyediakan set data yang bersesuaian sebagaimana keperluan Jabatan Perangkaan,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Negara hari ini.

Katanya, pangkalan data itu juga dihasilkan melalui kerjasama strategik yang terjalin antara agensi persekutuan bersama-sama pihak berkuasa, majlis agama dan agensi mengurus zakat yang diselaraskan oleh Jawhar.

“Perkongsian data antara agensi dapat dilaksanakan sekali gus dapat membantu mengelakkan pertindihan dalam urusan agihan zakat kepada golongan asnaf,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai usaha kerajaan dalam memastikan tidak berlakunya pertindihan agihan zakat kepada golongan sasar yang memerlukan khususnya golongan asnaf iaitu fakir dan miskin.

Tambah Mohd. Na’im, pihak majlis agama dan agensi mengurus zakat juga mengambil inisiatif dengan membuat semakan silang antara data asnaf dan data penerima bantuan.

Katanya, Jawhar bersama-sama majlis agama dan agensi mengurus zakat turut mengambil tindakan proaktif dengan menubuhkan pasukan taskforce dan menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan antaranya Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yayasan Wilayah Persekutuan, Perkeso dan Mitra.

“Menerusi jalinan kerjasama strategik ini, pihak majlis agama dan agensi mengurus zakat dapat membuat semakan silang data asnaf masing-masing dengan data eKASIH Miskin Tegar Beragama Islam mengikut negeri masing-masing.

Hasil kerjasama Kerajaan Perpaduan dengan majlis agama Islam negeri itu akan dapat membantu mengelakkan pertindihan dalam pengagihan zakat.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan menteri memaklumkan sebanyak 170,000 orang asnaf fakir dan miskin di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menerima bantuan melalui pemberian zakat lebih RM730 juta sehingga Oktober 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat