KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas perwakilan PKR Johor, Haryati Abu Nasir yang menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menubuhkan jawatankuasa pemerhati bagi memantau guru yang tidak menyokong kerajaan kononnya terdapat trend membimbangkan dalam kalangan penjawat awam yang secara terbuka tidak mahu menyokong kerajaan ketika ini.
Bekas Ketua Pemuda Umno itu secara sarkastik mengiktiraf PKR sudah berubah sepenuhnya seperti Umno dan amalan-amanlannya sewaktu memerintah.
“Tahniah, PKR. Anda sudah menjadi benda yang anda benci dahulu.
“Tranformasi anda untuk bertukar menjadi Umno sudah berjaya,” sindir bekas Menteri Kesihatan itu.
Terdahulu, Haryati ketika membahaskan ucapan Presiden di Kongres PKR memohon KPM mewujudkan jawatankuasa pemerhati kerana ada trend membimbangkan dalam kalangan guru, yang tidak menyebelahi Kerajaan Perpaduan.
Haryati berkata jawatankuasa dicadangkan adalah untuk memantau dan mengenal pasti isu yang menyebabkan kumpulan itu menentang kerajaan.