PM Fokus Sembilan Agenda Dalam Melaksanakan RMK-12

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sembilan fokus kerajaan dalam melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi memulih serta menjana semula ekonomi negara dengan kerajaan memperuntukkan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah RMK12.

Ujarnya, RMK-12 merupakan pelan pembangunan menyeluruh yang akan memperkenalkan beberapa pembaharuan, bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama. Bagi tujuan ini, tiga Tema dan empat Pemangkin Dasar serta 14 Pemacu Perubahan diperkenalkan dalam RMKe-12.

Berobjektifkan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK12 bukan hanya untuk menjana kekayaan negara semata-mata, sebaliknya membolehkan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik dengan pengagihan peluang dan hasil lebih saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Jelas beliau lagi, RMK12 berpaksikan sembilan fokus utama iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi, memperkukuh pemangkin pertumbuhan, meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia, memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam, membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan.

Fokus lain adalah memperkasa agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia, melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun, mempercepat pertumbuhan hijau, dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan.

“RMKe-12 ini digubal ketika dunia sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19. Ramai dalam kalangan kita, Keluarga Malaysia yang terkesan. Dalam persekitaran dan kebiasaan baharu ini, ada yang hilang nyawa dan pekerjaan. Demi kelangsungan hidup, ada di antara kita yang terpaksa menceburi bidang kerja yang baharu atau melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan  COVID-19. Marilah kita berdoa, semoga usaha membendung pandemik ini dirahmati, dan situasi ini dapat ditangani serta berakhir dengan segera.

“Penularan pandemik ini turut memberi impak kepada ekonomi global pada tahun 2020, dengan penguncupan pada kadar 3.2 peratus berbanding pertumbuhan 2.8 peratus pada tahun 2019. Semua sektor mengalami kesan yang ketara, terutama perkhidmatan berkaitan pelancongan dan penerbangan. Ini menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan global. Bank Dunia menganggarkan berlaku peningkatan penduduk miskin tegar dunia, dengan jumlah tambahan seramai 97 juta orang pada tahun 2020.” kata Perdana Menteri ketika membentangkan RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, dalam RMKe-11, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak 248.5 bilion ringgit untuk tujuan pembangunan. Ini merangkumi perbelanjaan untuk sektor ekonomi sebanyak 58 peratus, sosial 26 peratus, keselamatan dan pertahanan 11 peratus, dan pentadbiran am 5 peratus. Bagi sektor ekonomi, perbelanjaan terbesar adalah untuk penyediaan infrastruktur dan utiliti asas. Daripada perbelanjaan ini, sebanyak 46 peratus diagihkan kepada enam negeri yang memerlukan lebih tumpuan, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu, jelas beliau. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat