Covid-19 : Langgar SOP Punca Kes Naik Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Statistik laporan kes harian COVID-19 yang naik secara mendadak di Sabah adalah dipercayai berpunca daripada penduduk yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata faktor itu dilihat antara sebab kes baharu COVID-19 di Sabah meningkat semula melebihi 1,000 kes semalam selepas mencatat tiga angka kelmarin.

“Sabah kembali mencatat peningkatan melepasi 1,000 kes setelah buat pertama kalinya mencatat angka jangkitan di bawah 1,000 semalam (kelmarin). Kes di Sabah berada pada paras melebihi 1,000 kes sehari selama hampir dua bulan sejak 4 Ogos lalu.

“Semakin tinggi kadar pematuhan SOP maka semakin rendah risiko untuk berlaku pertambahan jangkitan.

“Pada hari ini (semalam), peningkatan kes harian Sabah juga selari dengan statistik bilangan daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu 14 daerah berbanding 12 daerah yang mencatatkan penurunan kes,” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

Sabah mencatat 1,078 kes baharu COVID-19 semalam, menunjukkan peningkatan 116 kes berbanding 962 kes kelmarin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat