Mak Leha tak jadi perlahan rentak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Acap kali terfikir memperlahankan karier lakonan, semakin banyak pula tawaran diterima bintang veteran, Liza Abdullah yang popular menerusi watak Mak Leha dalam drama francais 7 Hari Mencintaiku.

Bukan sahaja ada syarikat produksi sanggup menunggu hingga jadualnya kosong, malah segelintir penerbit mencipta watak khusus semata-mata mahukan Liza turut serta dalam projek mereka.

Justeru, hasrat Liza memperlahankan kerjaya seninya terbantut.

Bagaimanapun, pemenang trofi Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 ini belum terfikir untuk meninggalkan terus bidang lakonan yang sudah hampir empat dekad diceburinya.

“Bidang seni sudah sangat sebati dalam diri. Saya sudah berada dalam bidang ini hampir 40 tahun dan cukup menyayanginya. Jadi, bukanlah sesuatu yang mudah untuk berundur.

“Saya sering berpesan kepada pelakon generasi baharu tanamkan niat yang betul. Jika kita menganggap kerja ini sebagai ibadat, insya-Allah kita akan selamat.

“Tetapi sekiranya mereka ada niat lain apabila melangkah dalam bidang ini, Allah akan tunjukkan benda-benda yang tidak sepatutnya,” katanya kepada BH Online.

Ujar pelakon berusia 58 tahun ini, dia tidak akan sesekali meninggalkan bidang seni disebabkan sesuatu berlaku kepadanya.

“Saya tidak akan sesekali menjadikan alasan sudah insaf atau ingin berhijrah untuk berundur daripada industri seni.

“Bagi saya, jika ingin berbuat kebaikan, perkara itu tidak perlu dihebohkan, sebaliknya lakukannya secara senyap,” katanya.

 

Liza bersama pengarah, barisan pelakon dan tetamu ketika majlis pelancaran teater Dara & Mak Cik Bawang, baru-baru ini. - NSTP/Aziah Azmee
Liza bersama pengarah, barisan pelakon dan tetamu ketika majlis pelancaran teater Dara & Mak Cik Bawang, baru-baru ini. – NSTP/Aziah Azmee

 

Sementara itu, berkongsi mengenai anugerah yang dimenangi pada usia ‘senja’, ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui tidak pernah mengharapkan pengiktirafan.

Namun, Liza menganggap pengiktirafan sebagai bonus dan menghargainya, malah sejak dahulu lagi, setiap tanggungjawab diberi, beliau pasti ia digalas sebaik-baiknya.

Walaupun kadang-kadang bayaran tidak setimpal, Liza tetap akan memberikan 200 peratus komitmen agar semua pihak termasuk peminat berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Liza tidak pernah menganggap populariti dikecapi melalui drama francais 7 Hari Mencintaiku sebagai tiket untuk bersikap ‘demanding’ atau memilih watak.

Sebaliknya, Liza tidak kisah untuk berlakon di bawah mana-mana syarikat produksi termasuk drama radio, televisyen (TV), teater atau filem asalkan tiada pertembungan jadual tugasnya.

Malah, Liza sering diundang sebagai penyeri untuk pembukaan sesebuah majlis dan setiap undangan yang datang diterima kerana enggan mengecewakan penganjur.

“Apabila watak Mak Leha berjaya melonjakkan nama saya kembali dalam industri, bukanlah bermakna saya akan memilih watak atau naskhah.

“Saya tidak kisah untuk berlakon dalam drama radio atau teater walaupun bayarannya mungkin tidak setinggi drama.

“Bagi saya pengalaman itu yang bermakna. Baru-baru ini, sebagai contoh, saya terima tawaran berlakon dalam produksi teater Dara & Mak Cik Bawang kerana lebih mencabar kewibawaan sebagai pelakon.

“Lagipun, saya cakap pada sahabat iaitu Datuk Ziela Jalil, mungkin ini pembabitan terakhir saya dalam teater. Jadi. setidak-tidaknya, ada kenangan buat peminat,” katanya.

Mencipta populariti selepas muncul dalam filem ‘box office’ era 1980-an seperti Ali Setan, Pagar Pagar Cinta, Jejaka Perasan dan Tujuh Biang Keladi.

Pernah membintangi beberapa teater seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

Berita Haria

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat