Fizi Ali tinggalkan Suria FM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selepas hampir enam tahun berkhidmat sebagai penyampai radio Suria FM, Fizi Ali akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu baru-baru ini.

Fizi berkata, dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan memilih untuk tidak menyambung perkhidmatannya dengan Suria FM.

“Selama enam tahun bersama Suria FM banyak kenangan manis bersama rakan-rakan penyampai dan pihak pengurusan. Suria FM banyak mendidik saya supaya menjadi individu yang lebih bekerja keras dan sentiasa mencabar diri melakukan perkara baharu.

“Walaupun keputusan ini sangat berat untuk dilakukan, tapi sudah tiba masanya saya mencuba sesuatu yang baru selepas ini. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin mendakwa dia bakal menyertai stesen radio Hot FM, Fizi bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

“Selain bergelar penyampai radio saya mahu mengintai peluang dalam dunia pengacaraan. Saya teringin nak hoskan sebuah program TV. Sebelum ini memang ada tawaran tapi disebabkan kekangan masa bekerja membuatkan saya terpaksa tolak,” katanya.

Fizi memulakan kerjayanya di stesen radio itu pada Julai 2016 bergandingan dengan Zulin Aziz dan Halim Othman mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria.

Sebelum menamatkan perkhidmatannya, Fizi mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama dua rakan penyampai, Ajak Shiro dan Suraya Borhan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat