Isu Rohingya: Antara Kemanusiaan & Pencegahan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius perkembangan isu pelarian Rohingya yang kembali menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Langkah terbaik yang boleh diambil di saat ini adalah dengan mengimbangi antara pertimbangan kemanusiaan dengan pertimbangan pencegahan ancaman keselamatan. Perlu difahami bahawa isu ini kembali hangat disebabkan oleh tiga faktor.

Faktor pertama adalah kerana kempen serangan berterusan Kerajaan Myanmar ke atas warga Rohingya di Arakan – termasuk serangan udara yang dikecam hebat para pemerhati PBB – hingga mencetuskan gelombang pelarian yang baharu.

Faktor kedua isu ini kembali hangat adalah berikutan kenyataan kontroversi sesetengah (bukan semua) wakil pertubuhan Rohingya di Malaysia yang menuntut hak tertentu yang dianggap tidak sesuai dengan status mereka sebagai pelarian, bukannya warganegara Malaysia.

Faktor ketiga adalah susulan tindakan Kerajaan Malaysia yang berpendirian menolak kemasukan baharu bot-bot pelarian Rohingya atas pertimbangan mencegah mudarat yang jauh lebih besar – bukan sahaja melibatkan isu COVID-19, tetapi juga pencegahan kemungkinan sindiket pemerdagangan manusia yang mengambil kesempatan.

DPPM menyokong Kerajaan Malaysia bertegas menolak kemasukan pelarian baharu demi mencegah ancaman kluster baru penyebaran COVID-19. Malah, Kerajaan juga perlu mengutamakan sumber-sumber serta anggota keselamatan bagi tujuan menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara.

Dalam pada Kerajaan mengambil pendirian mencegah ancaman keselamatan, kita sebagai rakyat pula tidak seharusnya terburu-buru untuk mengecam keseluruhan warga etnik Rohingya kerana faktanya tidak semua dalam kalangan mereka yang bersikap ‘ibarat cacing naik ke mata’ atau ‘kacang lupakan kulit’. Sebagai contoh, kita perlu membezakan di antara etnik Rohingya sebagai pelarian genocide dengan warga Myanmar Muslim dan Buddha yang masuk sebagai buruh asing tetapi berniaga di pasar Selayang.

Malah, pelarian Rohingya adalah mangsa kezaliman yang besar yang nyata – sebagai penduduk asal Rakhine atau Arakan, wilayah mereka ditakluk Burma (hari ini Myanmar) pada 1785 dan tindakan British mengekalkan Arakan di dalam Myanmar sewaktu memberi kemerdekaan pada 1948.

Tidak cukup dengan hakikat mereka dipaksa tunduk kepada kekuasaan Myanmar, pada 1982 pula mereka telah dilucutkan kewarganegaraan hingga menjadi warga tidak bernegara (stateless) di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama.

Jelas, di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini, kita wajib mengimbangi antara dua pertimbangan yakni antara kemanusiaan dengan pencegahan. Maka Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat seruan berikut:

(a) Pertama, desakan Antarabangsa perlu diteruskan dengan lebih hebat ke atas Kerajaan Myanmar untuk menghentikan kezaliman mereka ke atas umat Islam Rohingya. Kerajaan Myanmar perlu mengembalikan kerakyatan kepada rakyat Rohingya, mematuhi keputusan-keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) dan membenarkan mereka kembali ke kampung halaman masing-masing dengan aman (right to return).

(b) Kedua, PBB perlu mengambil tanggungjawab pelarian Rohingya yang tidak diterima masuk ke negara kita untuk ditempatkan di kem-kem pelarian seperti yang telah disediakan di Bangladesh.

(c) Ketiga, para pemimpin Rohingya di Malaysia perlu menggunakan saluran yang betul dan bertindak secara diplomatik dalam memelihara kepentingan dan kesejahteraan warga Rohingya di Malaysia. Amat malang jika segala bantuan dari rakyat dan Kerajaan Malaysia kepada nasib Rohingya selama ini tidak dihargai dengan sewajarnya.

(d) Keempat DPPM mengajak rakyat menghentikan penyebaran kebencian kepada mereka berasaskan fakta yang salah, fake news dan kenyataan yang ditokok tambah. Ada agenda terancang menimbulkan kebencian untuk satu tujuan lain.

Kita sebagai rakyat Malaysia pula perlu mengambil kesempatan di bulan Ramadan yang mulia ini. Ayuhlah kita sama-sama mendoakan semoga Allah memelihara nasib umat Islam Rohingya daripada kezaliman di Myanmar yang menjadi punca krisis pelarian ini, sama-sama kita memelihara tutur kata kita, begitu juga dengan warga Rohingya yang sewajarnya menghargai segala bantuan sumbangan Malaysia selama ini. Ingatlah firman Allah S.W.T:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(al-Hujurat: 13)

IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia –

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...