Pelajar IPT Mulakan Pergerakan Pulang Ke Kampung Hari Ini

Kerana Ketagih Dadah, Anak Lelaki Tergamak Ugut Bunuh Ibu

KULIM - Seorang lelaki sanggup mengugut membunuh ibunya ketika meminta wang dipercayai untuk membeli dadah di Kampung Jubai, Labu Besar di sini semalam. Ketua Polis...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

CYBERJAYA - Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutamanya kepada YAB Perdana Menteri,...

PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR — Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya,...

Annuar Musa Negatif Covid-19, Tetap Jalani Kuarantin

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa memberitahu bermula hari ni beliau akan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu walaupun ujian...

KUALA LUMPUR – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan yang tersayang.

Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu merupakan antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan semalam bagaimanapun menyebut, pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang juga terletak dalam zon hijau.

Persiapan rapi dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa pelajar dari pusat pelepasan di IPT yang telah dikenal pasti.

Dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 pelajar yang terlibat, memetik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, bagi mereka yang terperangkap di kampung (bukan pelajar) atau tempat lain yang ingin pulang ke destinasi masing-masing, perlu terus bersabar.

Ismail Sabri menjelaskan tarikh pergerakan mereka yang berada di kampung untuk pulang ke destinasi masing-masing bukan bermula pada 1 Mei ini.

Jelasnya, terdapat kekeliruan mengenai tarikh pergerakan tersebut apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa 1 sehingga 3 Mei adalah tarikh perjalanan dibenarkan bermula.

Menurutnya tarikh yang ditetapkan sehingga 1 Mei itu adalah pendaftaran melalui temu janji di balai polis, selain pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Setakat ini sebanyak 300,000 sudah mendaftar dengan aplikasi itu termasuk 100,000 yang memohon untuk mendapatkan permit pergerakan bagi melakukan perjalanan kerana terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing susulan PKP.

Ismail Sabri berkata selepas mendapat data dan maklumat daripada permohonan orang ramai itu, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia akan membincangkan Prosedur Operasi Standard termasuk menetapkan tarikh pergerakan tersebut.

Setakat 12 tengah hari semalam, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 5,780 kes, dengan 98 kes kematian.

Jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia pula ialah 3,862 kes, iaitu 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PRN Sabah: KKM Rayu Patuhi SOP Kempen, Mengundi Tanpa Kira Status, Kedudukan

KOTA KINABALU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu semua yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat...

Cuepacs Gesa Lantik Semula 55,000 Kakitangan Kontrak Yang Ditamatkan PH

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran...

Mohammadin Boleh Didakwa Bawah Akta Polis, Kanun Keseksaaan – Bekas KPN

SHAH ALAM – Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Polis jika menghina pasukan polis serta Kanun Keseksaan...