KJ hargai sokongan PDRM ‘stand down’ isu stoking

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghargai sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersetuju dengan gesaan beliau agar semua pihak supaya “stand down” (kembali bertenang) memandangkan tindakan undang-undang berhubung isu itu sedang berjalan.

“Thank you, sir,” kata Khairy ringkas.

Itu respons kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran keras kepada semua pihak termasuk ahli politik supaya berhenti memanaskan isu kaum, agama dan raja (3R), khususnya melibatkan isu terbaharu penjualan stoking tertera kalimah Allah di cawangan KK Mart.

Shuhaily, berkata beliau bersetuju dengan Khairy yang menyarankan semua pihak supaya “stand down” (kembali bertenang) memandangkan boikot sudah disuarakan dan tindakan undang-undang sedang berjalan.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dinasihati oleh pendahulunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar ‘stand down’ dalam gerakan kempen boikot KK Mart dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengadilinya bersandarkan undang-undang.

Khairy berkata, kempen boikot KK Mart ini agak ‘keras’ yang secara tidak langsung mengeruhkan hubungan baik Melayu dan Cina dalam negara majmuk seperti Malaysia.

“Ini adalah masanya untuk kita step back, to stand down.

“Stand down bukan bermaksud Pemuda Umno mengalah, Akmal.

“Ini nasihat daripada abang dulu bekas Ketua Pemuda, you proof your point. You done well tapi ini masanya untuk kamu stand down,” nasihat Khairy dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Selasa.

Mengulas lanjut Shuhaily pada Rabu berkata, memandangkan isu 3R kes semakin panas, pertama sekali, apa juga laporan berkaitan isu perkauman kita akan buka dan siasat. Tidak kisah ia dibuat pihak kerajaan atau pihak lain.

“Kita sangat konsisten dalam membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang. Kita siasat semua. Saya ingin nasihati semua pihak supaya “stand down”, dan setuju dengan apa yang saudara Khairy kupas dalam podcast.

“Kami bimbang ia menjadi pemangkin kepada isu perkauman seperti insiden Kampung Medan.

“Ia hanya memburukkan imej negara,” katanya.

Shuhaily berkata, pihaknya sedang mendapatkan lagi maklumat risikan dan sama ada masih terdapat gerakan memburukkan lagi keadaan melibatkan isu 3R.

“Biarkan sistem keadilan kita berfungsi, biar ia melalui proses perundangan, itu kematangan rakyat kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat