Dasar bahasa kebangsaan untuk perpaduan, itu pun King Sing tak boleh jawab – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai seorang Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing sewajarnya mampu untuk menjawab soal dasar yang didakwa ditanya oleh pelancong asing berkait sama ada Malaysia sebuah negara bersifat perkauman atau ekstrem agama, berikutan serbuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas beberapa premis di ibu negara sebelum ini.

Speaker DUN Johor Datuk Puad Zarkashi malah mempersoalkan King Sing menteri gred apa kerana didakwa tidak mahir mengendalikan persoalan dasar.

“Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelancongan dakwa ada pelancong bertanya padanya apakah Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum akibat tindakan keras DBKL terhadap papan iklan yang tidak guna bahasa Melayu?

“Sebagai Menteri, King Sing patut tanya balik, apakah kamu nampak ada pergaduhan kaum di Malaysia. Apakah ada rumah berhala, kuil, kedai arak dan judi yang dirobohkan?

“Sebagai Menteri dia boleh jawab mudah bahawa ini soal dasar. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Ia termaktub di dalam Perlembagaan,” tegas Adun Rengit itu dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Sementara itu, Puad juga menyatakan tujuan dasar bahasa kebangsaan ialah perpaduan.

“Ada yang kata para perniaga rugi banyak untuk buat iklan baru.

“Tidakkah negara rugi satu generasi kerana mengabaikan dasar perpaduan melalui bahasa? soal beliau lagi.

Sebelum ini media melaporkan, King Sing berkata dia ada menerima pertanyaan daripada pelancong asing sama ada Malaysia adalah sebuah negara bersifat perkauman atau ekstrem agama, berikutan serbuan DBKL ke atas beberapa premis di ibu negara sebelum ini.

Serbuan itu merupakan operasi berskala besar terhadap premis-premis yang didakwa memasang papan tanda yang tidak mematuhi undang-undang.

“Keraguan ini secara langsung mempengaruhi keputusan pelancong untuk melawat Malaysia dan membantutkan daya saing negara di persada global.

“Dengan Malaysia bersedia untuk menjadi pengerusi Asean pada 2025, dengan beberapa siri mesyuarat Asean dijadual berlangsung di negara ini tahun depan, ini memberi peluang keemasan untuk mempamerkan kepelbagaian dan keterangkuman Malaysia di pentas global.

“Bagaimanapun, saya memberi amaran kontroversi perkauman atau agama yang berterusan akan menghakis kepercayaan dan kerjasama antarabangsa, yang berisiko memberi impak negatif terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2026,” kata Ahli Parlimen Bintulu itu.

Pada 21 November lalu, China Press melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar mensasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Operasi itu melibatkan pasukan penguatkuasaan dan pelesenan DBKL, bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak polis.

Menurut laporan itu, pemilik perniagaan telah dimaklumkan lebih awal sebelum sebarang tindakan penurunan papan tanda dikenakan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat