SPRM tahan pembantu tadbir, disyaki buat tuntutan palsu RM160,000

- Advertisement -

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pembantu tadbir kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pelbagai pembekalan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM160,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 40-an itu, ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

Katanya, suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai melakukan kesalahan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan yang tidak pernah dibekalkan.

“Suspek disyaki terbabit dalam tuntutan palsu pada 2018 hingga 2020 dengan mengemukakan 11 invois atas nama dua syarikat berbeza.

“Dalam tuntutan itu terdapat pelbagai pembekalan dan perkhidmatan yang tidak dilaksanakan membabitkan penganjuran lapan program,” katanya.

Beliau berkata, suspek dilepaskan dengan jaminan RM10,000 pada hari yang sama selepas SPRM selesai merekodkan keterangannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat