Simpan Pekerja Asing Kutuk Negara Sendiri, Lagi Tak Masuk Akal

- Advertisement -

BERKATALAH sebuah NGO bahawa keputusan kerajaan mengusir seorang pekerja asing kerana menyebar berita tidak benar mengenai negara ini kepada sebuah media asing, sebagai tidak masuk akal.

Tak pastilah dengan macam mana baru nak masuk akal? Alangkah rakyat negara ini pun kalau bercakap buruk pasal negara sendiri, akan dicadangkan pergi ke negara lain (bercakap dari segi “respon segera”), rakyat asing yang terbukti lakukan perkara sama, tak boleh diusir balik ke negara dia?

Berdasarkan pemerhatian di media sosial, majoriti besar rakyat nampaknya menyokong tindakan kerajaan tersebut. Logiknya, takkan nak simpan orang yang kutuk negara tempat dia cari rezeki?

Mana lebih tak masuk akal?

Apa yang cuba ditonjolkan dalam dokumentari tersebut, jelas tidak adil kepada negara ini. Bercakap pasal pekerja Bangla yang berkenaan, kalau ada sesiapa yang hilang, buat laporan polislah, bukan buat cerita tak betul pada media luar.

Bila kaedah kerajaan menguruskan hal ehwal dalam negara sendiri terutama dalam situasi sukar ketika mengawal penyebaran Covid-19, dipersoalkan pekerja asing – apa yang lebih hina dari itu lagi?

Pekerja asing kot. Hari ni komplen cara kerajaan urus golongan sejenis dia (tanpa dokumen sah), esok-esok apa pulak? Cara kerajaan kita menguruskan ekonomi? Atau siapa layak jadi Menteri?

Cakap tentang kenapa tak dakwa di Mahkamah. Pada pendapat penulis, perkara yang boleh selesai cara mudah, kenapa nak ikut cara susah kan? Nanti kalau dijatuhi hukuman penjara, duit rakyat juga yang keluar untuk makan dia sepanjang dalam penjara – dahlah kawan tu cakap buruk pasal negara kita dengan media asing.

Lagipun memang ada dalam syarat permit kerja warga asing ini, kalau langgar undang-undang negara ini, antara lain permit kerja boleh dibatalkan dan mereka boleh dihantar balik – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat