Bekas Menteri Agama Berbohong, Jual Aset Umat Islam Kata Najib

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melahirkan rasa kesal dengan sikap bekas Menteri Di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang disifatkan sebagai berbohong.

Menurut Najib, kenyataan Mujahid berhubung tindakan kerajaan menjual aset umat Islam itu disifatkan seperti orang yang tidak mempunyai agama.

“Saya amat kesal bahawa Menteri jaga agama PH (Pakatan Harapan) ini seolah-olah tiada agama dan sanggup membohong tentang aset Umat Islam serta memfitnah saya berbohong demi mempertahankan PH dari fakta Tabung Haji jual aset secara lambak semasa mereka memerintah.

“Dulu dia kata TH tak jual aset. Kini, dia mengaku TH jual aset dan cuba memberi justifikasi kenapa TH perlu jual aset,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Najib turut memuatnaik laporan rasmi berhubung prestasi kewangan Tabung Haji yang dikeluarkan oleh Bank Negara bermula dari tahun 2008 sehingga 2018.

“Dia pun buat posting bahawa saya tiada bukti untuk kenyataan saya bahawa TH Plantations tak pernah rugi sepanjang tempoh saya PM – iaitu tempoh THP menggandakan jumlah keluasan ladang milik mereka dari 15,000 hektar ke lebih 100,000 hektar (yang PH kemudian luluskan untuk jual lebih 76,200 hektar)

“Saya PM dari 2009 ke suku pertama 2018. Ini adalah prestasi kewangan rasmi THP yang dilapor kepada Bursa Malaysia,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri itu turut mendesak agar Mujahid membuktikan dakwaan kononnya Tabung Haji Plantation (THP) mengalami kerugian ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Seterusnya Najib menegaskan THP hanya mengalami kerugian setelah pentadbiran kerajaan bertukar kepada Pakatan Harapan (PH).

“Lagi pelik ialah Mujahid juga mengaku bahawa pelaburan TH dalam aset-aset Sarawak yang dijual mereka pada awalnya mendatangkan keuntungan tetapi dia kata selepas itu ia mula mencatat kerugian demi kerugian.

“Ini tidak betul. Ia mula mencatat kerugian HANYA pada tahun 2018 selepas PH tukar jurunilai dan banyak menurunkan nilai buku aset-aset buku TH untuk dijual kemudiannya.

“Malah, kerugian besar seluruh THP selepas PH ambil alih adalah akibat “impairments”. Impairments ini disebabkan jurunilai baru PH turunkan nilai buku aset dan THP perlu mencatat kerugian buku.

“Antara aset yang diturunkan nilai buku ialah aset Sarawak tersebut yang diturunkan nilai dari RM360 juta (2017) ke RM120 juta (2018) sebelum dijual dengan harga RM170 juta kepada syarikat bukan bumiputera (2019),” bidasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat